Akaun Bank Starlink Dihalang Di Brazil Untuk Memaksa X Membayar Denda

TechnologyDigital
30 Aug 2024 • 10:11 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Semalam kami laporkan Brazil ingin menyekat perkhidmatan X kerana platform media sosial ini enggan untuk mengikut arahan kerajaan negara tersebut untuk menapis kandungan yang dipaparkan. Sebagai tanda protes, Elon Musk bertindak menutup pejabat mereka Amerika Latin ini.

image is not available

Semalam hakim Mahkamah Tinggi Brazil Alexandre de Moraes mengeluarkan arahan baharu supaya akaun Starlink di Brazil disekat sebagai langkah memaksa X membayar denda kerana kesalahan yang telah dilakukan. Brazil memberikan arahan kepada X supaya menapis kandungan yang didapati melanggar undang-undang negara dan mengatakan hak kebebasan bersuara di negara mereka berbeza dengan Amerika Syarikat.

Starlink mengeluarkan kenyataan mengatakan perintah menghalang akaun mereka tidak mengikut perlembagaan dan akan menentangnya menerusi mahkamah Brazil.