“Aku ingat jual air untung RM150 juta boleh hidup tenang dah” -Jep Sepahtu ‘sound’ Shuib lagi?

Entertainment
8 Oct 2026 • 2:39 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Pelawak, Jep Sepahtu atau nama sebenarnya, Mohd Nadzri bin Zainal Abidin tampil bersuara lagi mengenai isu persahabatan bersama Shuib atau Shahmira bin Muhammad yang menurutnya sudah terlalu lama berlarutan sehingga membuatkan dirinya berasa muak.

Sudah muak dengan isu ini

Menerusi perkongsian di media sosial, Jep mendakwa dia sudah meminta maaf walaupun mendakwa terdapat pelbagai perkara yang dilakukan terhadap dirinya.

Image from: “Aku ingat jual air untung RM150 juta boleh hidup tenang dah” -Jep Sepahtu ‘sound’ Shuib lagi?

Tak kisah tak balas WhatsApp tapi jangan ‘wayang’

Ujarnya, dia tidak kisah sekiranya mesej WhatsApp yang dihantar tidak dibalas, namun mempersoalkan tindakan yang didakwa menggambarkan dirinya sebagai pihak yang tidak menghargai persahabatan apabila berada di khalayak umum.

“Aku dah minta maaf walaupun macam-macam dah kau buat dekat aku.
“Aku dah tersangat muak dengan isu ini. Aku tak kisah pun kau tak balas WhatsApp aku, tapi janganlah depan public kau wayang kononnya kau lah yang terpaling mulia dalam bersahabat.
“Mungkin kau risau kalau isu ni selesai dah tak ada pula isu kau nak mainkan.Teringat dulu kau pernah cakap “bad publicity is still publicity”.
Hari ni aku nak ingatkan kau, yang aku sama seperti dulu tak hamak benda-benda publisiti ni. Sudah-sudah la main sentimen persahabatan untuk kau punya marketing. Permainan apa sebenarnya yang kau nak main ni? Ke kau tengah khayal?” ujarnya.

Image from: “Aku ingat jual air untung RM150 juta boleh hidup tenang dah” -Jep Sepahtu ‘sound’ Shuib lagi?

Dalam pada itu, JEP turut membangkitkan dakwaan berkaitan isu bayaran selepas Rahim Sepahtu menunjukkan kepadanya video podcast Shuib yang menyentuh perkara tersebut.

Jep menjelaskan bahawa mereka tidak pernah membuat persetujuan mengenai bayaran untuk kumpulan kerana urusan sebelum ini dibuat secara individu.

“Lagi satu Rahim ada tunjuk aku video podcast kau cakap pasal bayaran. Kita tak pernah berbincang bayaran untuk kumpulan.
“Dari dulu semuanya setuju secara individu. Kalau betul memang ada cerita pasal bayaran tu, gentle sebut la nama, senang sikit aku nak hantar LOD. Jangan berkias-kias dekat podcast dan try hard buat orang bersangka buruk untuk benci aku,” katanya lagi.

Image from: “Aku ingat jual air untung RM150 juta boleh hidup tenang dah” -Jep Sepahtu ‘sound’ Shuib lagi?

Jep turut menegaskan pendiriannya berhubung sumber pendapatan serta menafikan dakwaan yang menurutnya boleh menimbulkan persepsi buruk terhadap dirinya.

“Aku dah biasa kotorkan tangan untuk pastikan hasilnya bersih daripada mencuci duit nak nampakkan dia bersih. Daripada kau asyik buat fitnah tak sudah, lebih baik kau settle EPF orang yang kau dah potong tapi TAK BAYAR.
“Aku bukan jenis yang makan hak orang bro. InsyaAllah aku sangat jaga sumber yang aku dapat,” jelasnya lagi.

Image from: “Aku ingat jual air untung RM150 juta boleh hidup tenang dah” -Jep Sepahtu ‘sound’ Shuib lagi?

Mengakhiri perkongsian, Jep meminta Shuib supaya tidak lagi mengganggu kehidupannya dan memberi ruang untuk dirinya memberi perhatian kepada dua anaknya, selain berharap isu tersebut tidak lagi dipanjangkan secara terbuka.

“Aku ingat jual air sale RM150 juta dah boleh hidup tenang dah. Macam-macam orang dah kau kumpul kat podcast kau untuk burukkan aku, tu pun masih tak tenang ke?
Ya kau orang baik, aku orang jahat. Pergilah selamatkan diri kau.
“Pesanan terakhir aku jangan ganggu aku yang tengah sibuk beri perhatian besarkan dua anak syurga aku. Kalau hidup kau tak tenang itu kau punya pasal. Jangan ganggu hidup orang lain. Jangan asyik burukkan orang untuk tutup pekong kau,” ujarnya.

Sumber: Instagram jepsepahtu

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved