Wong Yin Kee dilantik Pengarah Urusan Kumpulan Wasco Greenergy, bakal ganti CEO

LocalBusiness & Finance
17 Aug 2026 • 6:29 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Wong Yin Kee dilantik Pengarah Urusan Kumpulan Wasco Greenergy, bakal ganti CEO Image from: Wong Yin Kee dilantik Pengarah Urusan Kumpulan Wasco Greenergy, bakal ganti CEO liza17/08/2026 - 18:29 Wong Yin Kee (kiri) dan Lee Yee Chong (kanan) Oleh KAMALIZA KAMARUDDIN liza@dagangnews.com

KUALA LUMPUR 17 Ogos – Wasco Greenergy Berhad melantik Wong Yin Kee sebagai Pengarah Urusan Kumpulan berkuat kuasa 17 Ogos 2026 bagi memulakan proses peralihan kuasa dan tanggungjawab daripada Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Lee Yee Chong.

 

Wong, 48, akan mengambil alih peranan tersebut bagi memastikan proses peralihan kepimpinan, tanggungjawab dan akauntabiliti dalam Wasco Greenergy dapat dilaksanakan dengan lancar.

 

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, Wasco Greenergy berkata Lee, 57, telah memilih untuk bersara awal daripada jawatan CEO syarikat pada 31 Disember 2026.

 

Lee menyertai Kumpulan Wasco Berhad pada September 1995 dan telah memegang beberapa jawatan penting dalam kumpulan itu sepanjang tempoh perkhidmatannya.

 

“Lembaga Pengarah merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada Lee atas kepimpinan serta sumbangan beliau kepada Kumpulan Wasco Greenergy sepanjang tempoh beliau memegang jawatan sebagai CEO.

 

“Pelantikan Wong sebagai Pengarah Urusan Kumpulan yang berkuat kuasa lebih awal daripada tarikh persaraan Lee itu akan membolehkan proses peralihan kepimpinan dimulakan sebelum beliau menamatkan perkhidmatannya,” kata Wasco Greenergy.

 

Langkah berkenaan juga membolehkan tanggungjawab dan akauntabiliti dalam syarikat dipindahkan secara berperingkat daripada Lee kepada Wong sehingga tarikh persaraan CEO tersebut pada penghujung Disember 2026.

 

Namun, Wasco Greenergy tidak memperincikan sebab Lee memilih untuk bersara awal, selain menyatakan bahawa beliau akan bersara daripada jawatan CEO pada 31 Disember 2026. - DagangNews.com

Terkini standard
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved