‘Alamak’ & ‘Mat Rempit’ Antara Perkataan Diiktiraf Dalam Kamus Oxford

28 Mar 2025 • 10:37 AM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.


Negara Malaysia dan Singapura bukan hanya kaya dengan budaya dan bangsa, malah mempunyai kepelbagai bahasa yang digunakan dalam kehidupan seharian masyarakat di sana.

Kebanyakan bahasa atau perkataan yang sering digunakan di Singapura mahupun Malaysia difahami oleh kedua-dua negara ini, itulah yang menjadikannya lebih unik.

Kebanyakan bahasa-bahasa yang digunakan bukanlah perkataan rasmi yang diiktiraf, sebaliknya hanyalah ‘bahasa pasar’.

Perkataan sering digunakan di Malaysia dan Singapura masuk kamus Oxford

Pun begitu, baru-baru ini, South China Morning Post melaporkan terdapat beberapa perkataan yang sering digunakan di Malaysia dan Singapura kini telah dimasukkan dalam kamus Oxford (OED).

Perkataan-perkataan ini dipinjam daripada bahasa Melayu dan Kantonis kerana tiada terjemahan langsung dalam bahasa Inggeris.

Oleh kerana itu, orang ramai sering menggunakannya dalam perbualan harian mereka.

Perkataan alamak, mat rempit dan terror kini diiktiraf dalam kamus

Apa yang mengejutkan, salah satu perkataan itu ialah ‘alamak’ iaitu bahasa Melayu yang digunakan untuk menyatakan emosi seperti terkejut, terperanjat, atau kecewa. Perkataan ini telah wujud sejak kira-kira tahun 1952 lagi.

Selain itu, perkataan ‘mat rempit’ yang merupakan istilah bagi lelaki muda yang berlumba motosikal secara haram dan melakukan aksi bahaya juga dimasukkan ke dalam OED.

Bukan hanya ‘mat rempit’, perkataan ‘terror’ dalam bahasan Inggeris Malaysia dan Singapura juga dimasukkan, ayat ini boleh bermaksud ‘teruk’ atau dalam konteks positif ‘hebat’. Sebagai contoh, ‘wah! terror lah awak ni’.

Nama-nama hidangan di Malaysia dan Singapura juga masuk OED

Tidak dinafikan, makanan adalah bahagian penting dalam kehidupan masyarakat di kedua-dua negara ini, susulan itu, lapan daripada perkataan yang dimasukkan ke dalam OED ini adalah nama-nama hidangan.

Berikut nama-nama makanan yang dimasukkan ke dalam OED:

  1. Nasi lemak
  2. Otak-otak
  3. Ketupat
  4. Kaya toast (roti bakar kaya)
  5. Fish-head curry (kari kepala ikan)
  6. Steamboat
  7. Tapau

Siapa sangka, perkataan-perkataan yang sering kita gunakan bila berbual terutamanya dengan rakan-rakan ini kini diiktiraf secara rasmi dalam kamus!

Source: