Alert Dengan Troll Netizen, Alif Teega Tukar Gambar Larva Kuning Dekat DP TikTok

Entertainment
8 Dec 2023 • 2:08 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Biarpun seseorang itu tular atas negativitinya. mengecam sampai ke tahap bodyshamming tiu adalah satu perbuatan yang tak elok.

Pastinya ia akan menjatuhkan air muka seseorang yang sekaligus menjejaskan self esteem dia. Namun, lain pula dengan Alif Teega ini, mungkin dia sedar yang dirinya disamakan dengan sesuatu rupa dek kerana dirinya yang terpalit dengan kontroversi baru-baru ini.

Mungkin ramai yang dah tahu bahawa, ada pihak yang petik nama Alif Teega ini dengan menyamakan dirinya sebagai salah satu karakter animasi 3D terkenal iaitu Larva, cacing yang berwarna kuning itu.

image is not available

Lebih menghangatkan keadaan lagi, gambar animasi ini telah disunting dengan melatakkan jambang dan bertopi yang persis dengan gaya Alif Teega.

Mungkin menyedari dengan apa yang diperkatakan oleh warganet, Alif Teega dilihat telah menukar gambar profil TikTok miliknya menggunakan animasi tersebut.

Hasil carian kami, ternyata ia memang benar sahih yang Aliff Teega menggunakan gambar animasi tersebut.

image is not available

Menjengah ruangan komen, pastinya ramai terhibur apabiila melihatnya, namun, ada yang menyifatkan bahawa Alif Teega ini seperti mahu selindung yang dirinya terkesan dengan kecaman orang.

image is not available image is not available

Mungkin konsep Alif sekarang, “If you can’t fight them, join them” kot.

Sumber : TikTok

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.