Alhamdulillah boleh berjalan, cuma kesan hentakan masih terasa – Wadi Annuar

24 Oct 2026 • 11:54 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Alhamdulillah boleh berjalan, cuma kesan hentakan masih terasa – Wadi Annuar

PETALING JAYA – Pendakwah terkenal, Ustaz Wadi Annuar memaklumkan beliau berada dalam keadaan sihat selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya pada malam Jumaat lalu, namun masih mengalami kesakitan akibat hentakan kuat pada dua bahagian badan.

Beliau berkata, hentakan pada bahagian rusuk kanan ketika kemalangan itu menyebabkan beliau mengalami kesukaran bernafas sejurus kejadian, selain masih berasa sakit sehingga kini.

“Alhamdulillah, boleh berjalan. Cuma malam itu, waktu kemalangan, nak bernafas susah sedikit sebab ada hentakan pada rusuk kanan saya dengan tempat pemegang.

“Agak kuat hentakan itu, maka berasa sampai sekaranglah sakit itu,” katanya menerusi satu rakaman video yang dikongsi di laman Facebookmya malam ini.

Wadi Annuar atau nama sebenarnya Mohammad Wadi Annuar Ayub berkata, kesan hentakan itu masih menyebabkan sedikit kesukaran ketika melakukan pergerakan, termasuk ketika menunaikan solat.

“Jadi kesan hentakan itu sampai sekaranglah. Nak sembahyang dan bergerak itu ada sedikit kesukaran, tapi alhamdulillah syukur pada Allah SWT atas kesihatan, perlindungan dan penjagaan Allah SWT,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut merakamkan penghargaan kepada orang ramai yang mendoakan keselamatan dan kesihatannya selepas berita kemalangan tersebut tersebar.

Katanya, beliau berasa terharu apabila ramai tampil berkongsi rakaman dan gambar berkaitan kejadian, namun perkara paling bermakna baginya ialah doa yang diberikan oleh orang ramai.

Beliau turut memaklumkan kereta yang dinaiki mengalami kerosakan teruk sehingga disifatkan sebagai ‘total loss’.

Wadi Annuar berkata, kejadian itu merupakan kali ketiga beliau berdepan ujian apabila kenderaan yang terlibat mengalami kerosakan sehingga tidak dapat digunakan lagi.

Sebelum ini, Kosmo! melaporkan kemalangan tersebut berlaku berhampiran Tasik Banding ketika kenderaan dinaiki Wadi Annuar bersama rombongan dalam perjalanan ke Gerik.-KOSMO! ONLINE

The post Alhamdulillah boleh berjalan, cuma kesan hentakan masih terasa – Wadi Annuar appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved