'Alhamdulillah,' Kael Kongsi Detik Sah Peluk Islam

25 Aug 2026 • 5:11 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

'Alhamdulillah,' Kael Kongsi Detik Sah Peluk Islam

Penyanyi dan pelakon, Kael berkongsi berita gembira apabila sah memeluk agama Islam menerusi sebuah majlis pengislaman di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), hari ini.

Kael atau nama sebenarnya Michael Lean berkongsi detik bermakna itu menerusi sebuah video yang dimuat naik di Instagram miliknya.

Image from: 'Alhamdulillah,' Kael Kongsi Detik Sah Peluk Islam
Kredit: Instagram Engku Sulwani

Dalam video berkenaan, pelantun lagu Angkasa itu dilihat melafazkan dua kalimah syahadah sebelum sah memeluk agama Islam.

“Alhamdulillah,” tulisnya ringkas di ruangan kapsyen.

Menerusi perkongsian itu, Kael turut dilihat ditemani teman wanitanya, Engku Sulwani atau lebih dikenali sebagai Esul, selain beberapa rakan yang hadir sebagai saksi dan memberikan sokongan kepadanya.

Sebelum ini, Kael pernah mendedahkan bahawa dirinya sedang mendalami ajaran Islam sebagai persiapan sebelum memeluk agama tersebut.

Beliau juga dilaporkan merancang untuk mendirikan rumah tangga bersama Engku Sulwani.

Menjengah ke ruangan komen, ramai rakan dan pengikut menzahirkan rasa gembira serta mengucapkan tahniah kepada Kael atas perjalanan baharunya.

Baca juga:

“Alhamdulillah! Bagai pinang dibelah dua,” kata Hunny Madu.

Sementara itu, Engku Sulwani turut memberikan kata-kata semangat kepada Kael.

“Jiwa yang baik, Mikael. Saya sentiasa ada bersama awak,” ujarnya.

Seorang lagi individu, Amanda Tan, turut mengucapkan tahniah dan mendoakan agar Kael dikurniakan lebih banyak keberkatan serta kebahagiaan dalam fasa baharu kehidupannya.

“Tahniah Kael. Semoga terus dipermudahkan dalam perjalanan baharu ini”

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved