Kael Sah Bergelar Saudara Baharu, Selamat Lafaz Dua Kalimah Syahadah

LocalEntertainment
25 Aug 2026 • 12:55 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

Penyanyi dan pelakon, Kael, mengesahkan dirinya kini bergelar saudara baharu selepas selamat memeluk agama Islam.

Berita gembira itu dikongsikan sendiri oleh Kael atau nama sebenarnya, Michael Lean Chien, menerusi sebuah video pendek yang dimuat naik di Instagram miliknya, Selasa.

Advertisement
View this post on Instagram

Menerusi video tersebut, Kael dilihat berada di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) sebelum melafazkan dua kalimah syahadah.

“Alhamdulillah,”

Kael turut ditemani teman wanitanya, Engku Sulwani, ketika menguruskan proses pengislamannya.

Perkongsian tersebut menerima pelbagai reaksi positif daripada pengikut yang rata-rata meluahkan rasa syukur selain mengucapkan tahniah kepada Kael atas penghijrahannya sebagai saudara baharu.

View this post on Instagram

Sebelum ini, Kael mengesahkan hubungannya bersama Engku Sulwani selepas mereka mengenali hati budi masing-masing selama kira-kira setahun.

Kael juga pernah berkongsi bahawa dia sedang mendalami ajaran Islam sebagai persediaan sebelum memeluk agama tersebut, selain mempunyai perancangan untuk mendirikan rumah tangga bersama Engku Sulwani.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

the times2026-08-25 11:07:43

Bekas Gitaris The Times, Nazreen Meninggal Dunia Dalam Kemalangan Jalan Raya Di Miri

The post Kael Sah Bergelar Saudara Baharu, Selamat Lafaz Dua Kalimah Syahadah first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved