Kuasa pasport Malaysia, rakyat kongsi pengalaman di Jordan dan Kyrgyzstan

4 Oct 2026 • 4:09 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Kuasa pasport Malaysia, rakyat kongsi pengalaman di Jordan dan Kyrgyzstan

PETALING JAYA – “Bangga jadi rakyat Malaysia,” demikian luahan seorang rakyat Malaysia yang berkongsi pengalaman menarik ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Queen Alia, Amman, Jordan, apabila tidak perlu mendapatkan visa untuk memasuki negara berkenaan.

Menerusi perkongsian di Threads oleh pengguna dikenali sebagai Zuraindy, dia berkata majoriti penumpang lain terus menuju ke kaunter visa sebaik tiba di lapangan terbang berkenaan.

“Ketika itu pegawai di sana tegur saya, ‘Ente Malayzie?’ (Adakah anda orang Malaysia?) Saya jawab, ‘Yes’.

“Pegawai tersebut kemudian berkata pemegang pasport Malaysia tidak memerlukan visa. ‘Welcome to Jordan!’,” katanya.

Menurutnya, Malaysia antara tiga negara di Asia yang menikmati kemudahan tersebut bersama Jepun dan Hong Kong.

Perkongsian itu mendapat perhatian netizen selepas dia turut berkongsi pengalaman memandu di Jordan sebelum meneruskan perjalanan ke Bishkek, Kyrgyzstan.

Kelebihan tersebut turut dilihat sebagai antara gambaran kekuatan pasport Malaysia yang kini dilaporkan berada di kedudukan kedua terbaik dunia, berdasarkan ranking pasport antarabangsa yang mengukur jumlah destinasi yang boleh dimasuki pemegang pasport tanpa visa atau dengan kemudahan visa ketika ketibaan.

Kedudukan itu menjadikan pasport Malaysia antara dokumen perjalanan paling berkuasa di dunia, sekali gus memberikan kelebihan kepada rakyat Malaysia untuk melancong, menjalankan urusan perniagaan dan meneroka pelbagai destinasi antarabangsa dengan prosedur kemasukan yang lebih mudah.

Pengalaman Zuraindy di Jordan itu turut mencetuskan rasa bangga dalam kalangan netizen terhadap keistimewaan yang dinikmati pemegang pasport Malaysia.

“Rupanya pasport kita memang power. Bangga jadi rakyat Malaysia,” antara reaksi yang dikongsi pengguna media sosial.- KOSMO! ONLINE

The post Kuasa pasport Malaysia, rakyat kongsi pengalaman di Jordan dan Kyrgyzstan appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved