Alhamdulillah, saya masih diterima peminat – Nabila Razali

EntertainmentLifestyle
2 Sep 2026 • 10:00 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Alhamdulillah, saya masih diterima peminat – Nabila Razali

KUALA LUMPUR: Penyanyi dan pelakon, Nabila Razali, menolak persepsi yang kononnya dia memperlahankan aktiviti nyanyian kerana merasakan dirinya sudah kaya.

Penyanyi yang mesra disapa Bella itu sebaliknya memaklumkan dia kini dapat melihat arah tuju hidupnya justeru sekadar memberi fokus kepada perkara yang lebih Utama.

“Alhamdulillah dengan apa yang saya miliki sekarang ini, baik dari segi material, mahupun keluarga. Saya bersyukur kerana kini sudah berkahwin dan memiliki cahaya mata. Itu rezeki yang besar bagi saya.

“Pada masa yang sama, lagu-lagu saya masih berkumandang, kehadiran saya dalam industri seni masih diterima baik oleh peminat.

“Saya anggap semua itu satu kekayaan yang mungkin pada orang lain, ianya perkara biasa.

“Kita kena tahu kekuatan kita dan perlu tahu masa yang sesuai untuk berhenti. Jangan kita mengejar banyak perkara dalam satu masa kerana apa yang kita benar-benar inginkan, terlepas,” katanya.

Nabila berkata demikian selepas membuat persembahan pada sidang media dan tayangan filem animasi Pelangi Di Mars di GSC Mid Valley, semalam.

Diminta berkongsi pandangan mengenai segelintir generasi kini yang mudah berputus asa kerana usaha mereka tidak menampakkan hasil, Bella memaklumkan perkara itu menuntut kesabaran tinggi dan masa yang benar-benar sesuai.

“Situasi itu berlaku kepada semua orang. Seperti saya yang tidaklah terus ‘menjadi’ dalam bidang nyanyian.

“Selepas Akademi Fantasia, saya mengambil masa yang lama untuk mendapatkan lagu yang sesuai.

“Itu adalah proses, jadi kena bersabar. Rezeki tak salah alamat, sama ada ia cepat atau lambat.

“Kepada yang hampir menyerah, jangan. Fikir semula apa yang kita mahukan. Kenapa mahu berhenti? Teruskanlah. Jangan fikir kata negatif orang lain,” ujarnya.

The post Alhamdulillah, saya masih diterima peminat – Nabila Razali appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved