Buat ‘Paid Review’, Ammar Ahyan Raih RM10K Untuk 4 ‘Job’ – “Dia Lagi Suka Job Review Dari Host Live Menjual”

EntertainmentBusiness & Finance
25 Jul 2025 • 10:49 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Melalui perkongsian satu video di platform TikTok, baru-baru ini, usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri telah mendedahkan pendapatan anak sulungnya, Ammar Ahyan yang mencecah ribuan ringgit.

Raih RM10,000 untuk 4 job

Difahamkan, Ammar atau mesra dipanggil sebagai Ammayan berjaya meraih hampir RM10,000 selepas berjaya mendapat tawaran membuat ulasan berbayar (paid review).

Melalui video yang dimuat naik, Aliff bersama dua orang anaknya, Ammayan dan Qhadijah sedang melakukan aktiviti penjualan, namun sebelum berniaga, usahawan itu membantu anak sulungnya membuat review makanan untuk diiklankan.

Ini job pertama yang anak saya dapat, Alhamdulillah. Papa promote Ammayan, dah dapat 3 job dah. Dia dapat bayaran untuk 4 job cecah RM10,000.

@aiminohh2 Berkat papa paksa anak buat live, skang ammar dah dapat job review boleh buat duit sendiri untuk masuk u nnti #aliffsyukri #datoaliffsyukri #ammarahyan #dherbs #datinshahidadherbs #fyp #fypシ #foryoupage #masukberandafyp #papalaris ♬ Slow and comical BGM(1083863) – Blanket

Netizen puji Ammar, teruskan berusaha

Dapat dilihat dalam hantaran itu, Aliff turut membantu dengan memberi bimbingan kepada Ammar dalam menyampai ulasan produk supaya lebih menarik perhatian penonton.

Rata-rata netizen yang melihat video tersebut berasa kagum dengan perkembangan positif Ammar jika hendak dibandingkan dengan sebelum ini, di mana dia lebih malu untuk berinteraksi dengan ramai orang di hadapan kamera.

image is not available 2025-07-24 15:53:05

Qadejah 'Mengamuk' Ketika Siaran Langsung, Nampak 'Siti' Mesej 'Rindu' Pada Aliff Syukri -"Sumpah Tak Lawak Abah, Siapa Tu?"