'ALLAH memberikan sesuatu yang lebih baik'- Jojo

17 Oct 2026 • 3:40 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: 'ALLAH memberikan sesuatu yang lebih baik'- Jojo
Aksi Jojo ketika menentang Paez - Foto: ONE Championship

PETARUNG Muay Thai negara, Muhammad Johan Ghazali Zulfikar percaya setiap ujian yang dilalui pasti mempunyai hikmah tersendiri apabila ALLAH menggantikan sesuatu yang diinginkan dengan perkara lebih baik.

Johan atau lebih dikenali sebagai Jojo berkongsi kenyataan di laman media sosialnya selepas menewaskan petarung Colombia-Amerika Syarikat, Diego Paez dalam pertarungan ulangan kategori flyweight pada acara The Inner Circle 35 di Stadium Lumpinee, Bangkok, Thailand pada Jumaat.

Jojo berkata, beliau menerima pelbagai kecaman selepas kekalahan dalam pertemuan pertama menentang Paez Jun tahun lalu malah lebih menyakitkan apabila sebahagian kritikan itu datang daripada masyarakat sendiri.

“Jika ALLAH tidak memberi apa yang anda mahukan, ALLAH memberi sesuatu yang lebih baik.

"Selepas pertarungan pertama saya dengan Diego, saya menerima begitu banyak kecaman. Ada yang begitu cepat menjatuhkan saya ketika saya sedang berusaha bangkit, malah menyakiti saya ketika saya sedang terluka

"Bahagian paling menyedihkan ialah kebanyakan kecaman itu datang daripada orang sendiri,” katanya.

Bagaimanapun, Jojo berkata, di sebalik segala kritikan dan tekanan yang dihadapinya masih ada pihak yang tidak pernah meragui kemampuannya.

“Namun, sepanjang semua itu berlaku, ada yang sentiasa percaya kepada saya dan tidak pernah meragui saya walau sesaat.

“Tahu siapa? ALLAH,” katanya.

Jojo turut merakamkan penghargaan kepada peminat setia yang terus berdiri teguh di belakangnya selain pasukan yang sentiasa memberikan sokongan sepanjang perjalanan kariernya.

“Terima kasih kepada peminat setia yang terus menyokong saya dalam apa jua keadaan dan pasukan hebat saya. Saya amat menghargai setiap seorang daripada anda.

“Percayalah kepada proses,” katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved