“Allah Saja Yang Tahu Apa Kami Lalui” – Nora Ariffin Sebak Mohon Anak Diberi Hidayah

EntertainmentLifestyle
23 Sep 2025 • 1:41 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
Ohmedia dahlia 1

Baru-baru ini, anak kepada penyanyi terkenal, Datuk Nora Ariffin dikecam gara-gara membuka hijab selepas 15 tahun memakainya.

Lebih panas lagi, apabila anak Nora iaitu Dahlia memberi alasan ingin memulakan perjalanan peribadi mendalami agama Islam dengan cara sendiri.

Terbaru, Nora menerusi satu hantaran di Instagram berkata, sebagai ibu dia sentiasa menasihati anak dan tidak putus berdoa.

“Hidayah itu milik Allah SWT” – Nora

Kata Nora, hidayah itu milik Allah SWT sepenuhnya dan hanya Dia yang tahu apa yang sedang dilalui oleh dirinya serta keluarga.

image is not available

Menurutnya lagi, buat masa ini tiada apa yang mampu dilakukan selain menyerahkan segalanya kepada Allah SWT agar anak-anaknya diberikan hidayah serta pedoman untuk kembali ke jalan yang benar.

Luahan Nora itu nyata mengundang rasa simpati dalam kalangan peminat yang memahami betapa kuatnya doa seorang ibu, terutama apabila melibatkan anak-anak yang menjadi nyawa dan harapan.

Pssttt! Kadang-kadang, doa seorang ibu jadi senjata paling kuat dalam hidup anak-anak. Semoga doa Nora dimakbulkan dan keluarganya terus diberi kekuatan oleh Allah SWT.

Kredit: Instagram Nora Ariffin
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

The post

appeared first on

.