Amanah jangan dikhianati demi kekayaan – Sultan Selangor

LocalPolitics
28 Aug 2026 • 6:09 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Amanah jangan dikhianati demi kekayaan – Sultan Selangor

SHAH ALAM – Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah melahirkan kebimbangan terhadap segelintir pihak yang menikmati kekayaan hasil amanah yang dikhianati ketika rakyat masih bergelut dengan kesusahan.

Baginda bertitah, perbuatan pecah amanah bukan sahaja boleh meruntuhkan kepercayaan malah menghilangkan keberkatan dalam kehidupan bermasyarakat.

Titah baginda, setiap individu yang diberi tanggungjawab mengurus harta dan kepentingan umat termasuk pihak yang mengendalikan dana awam memikul amanah besar di sisi Allah.

“Sesungguhnya, mengurus dana awam dengan amanah adalah tanda cinta kita kepada umat dan negara.

“Jangan biarkan harta yang sepatutnya memberi manfaat kepada umat diseleweng demi kepentingan peribadi,” titah baginda menerusi hantaran di Facebook Selangor Royal Office.

Sultan Sharafuddin turut senada dengan bacaan intipati khutbah Jumaat supaya umat Islam memelihara amanah dengan membebaskan diri daripada cengkaman hawa nafsu, ketamakan dan pengkhianatan.

Baginda bertitah, kezaliman berlaku apabila kuasa tidak lagi dipandu sifat amanah sebaliknya dikuasai kerakusan nafsu.- KOSMO! ONLINE

The post Amanah jangan dikhianati demi kekayaan – Sultan Selangor appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved