Spotify 20: Party Of the Year(s) Dilancarkan – ‘Wrapped’ Untuk Mengimbas Kembali Semua Muzik Yang Pernah Distrim

TechnologyMusic
12 May 2026 • 11:44 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Spotify 20: Party Of the Year(s) Dilancarkan –  ‘Wrapped’ Untuk Mengimbas Kembali Semua Muzik Yang Pernah Distrim

Spotify kini berusia 20 tahun dan meraikan pencapaian ini dengan melancarkan pengalaman menarik khas dalam aplikasi mudah alih yang dinamakan Spotify 20: Party of the Year(s).

Image from: Spotify 20: Party Of the Year(s) Dilancarkan –  ‘Wrapped’ Untuk Mengimbas Kembali Semua Muzik Yang Pernah Distrim

Melalui penawaran ini, pengguna berpeluang menyingkap semula sejarah penuh muzik mereka di platform tersebut. Antara sorotan yang dipaparkan termasuk hari pertama mereka menggunakan Spotify, jumlah keseluruhan lagu unik yang pernah didengar, lagu pertama yang distrim serta artis paling banyak distrim sepanjang masa.

Image from: Spotify 20: Party Of the Year(s) Dilancarkan –  ‘Wrapped’ Untuk Mengimbas Kembali Semua Muzik Yang Pernah Distrim
Image from: Spotify 20: Party Of the Year(s) Dilancarkan –  ‘Wrapped’ Untuk Mengimbas Kembali Semua Muzik Yang Pernah Distrim

Selain itu, Spotify turut menyediakan senarai 120 lagu teratas sepanjang masa lengkap dengan kiraan mainan yang boleh disimpan ke dalam pustaka pengguna. Seterusnya, setiap data disertakan dengan kad perkongsian (share card) bagi memudahkan pengguna menyimpan atau berkongsi hasil mereka di media sosial seperti Instagram.

Spotify 20: Party of the Year(s) kini tersedia di aplikasi mudah alih atau menerusi pautan Spotify 20 di 144 pasaran termasuk Malaysia. Sebelum ini, Spotify turut mengumumkan senarai 20 lagu, album, artis, podsiar dan e-buku paling banyak distrim sempena ulang tahun ke-20 mereka sekali gus memperlihatkan pencapaian besar dalam dunia muzik dan kandungan digital sepanjang dua dekad terakhir.