Amerika Ingin Perkenal RUU Menghalang Penyeludupan Cip AI

TechnologyDigital
16 May 2025 • 8:45 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Antara berita terhangat tahun ini melibatkan kes cip NVIDIA diseludup ke China dari Singapura menerusi Malaysia. Tiga individu ditahan dan kini dihadapkan di mahkamah kerana memintas sekatan eksport cip kecerdasan buatan (AI) yang dikenakan Amerika ke atas China. Kini ahli perundangan ingin memperkenalkan rang undang-undang baharu yang dikenali sebagai “Akta Keselamatan Cip.”

image is not available

Menerusi RUU ini, cip AI akan dihalang daripada diseludup ke China dengan mewajibkan pengeluar seperti NVIDIA menggunakan teknologi yang boleh mengesahkan lokasi cip sebelum ianya dieksport. Akta baharu ini diumumkan dua hari selepas Peraturan Penyebaran Kecerdasan Buatan (The Artificial Intelligence Diffusion Rule) yang diumumkan Presiden Biden telah dibatalkan oleh Presiden Trump

Pelbagai kekangan eksport dan halangan teknologi dikenakan ke atas China oleh Amerika Syarikat atas faktor keselamatan. China dilihat sebagai negara yang berkemampuan memintas Amerika dalam arena AI dan sebelum ia berlaku, kemampuan pesaing perlu dicantas segera.