Jangan pertikai hak Bersatu dalam PN

LocalPolitics
10 Aug 2026 • 6:30 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Jangan pertikai hak Bersatu dalam PN

PETALING JAYA: Parti-parti komponen dalam Perikatan Nasional (PN) diminta tidak mempertikai hak Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) sebagai anggota sah gabungan itu.

Menegaskan perkara itu, Naib Presiden Bersatu, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, beliau berharap selepas ini tidak ada mana-mana pihak dalam PN yang meminggirkan peranan Bersatu termasuk sehingga tidak dipanggil bermesyuarat seperti yang berlaku sebelum ini.

“Maka benarlah apa yang telah saya dan pimpinan Bersatu sering katakan sebelum ini. Saya berharap, sebagai ahli, hak dan peranan kami tidak di­pinggirkan. Jangan apabila tiba waktu pilihan raya terlalu hampir, kami tidak dipanggil untuk bermesyuarat,” katanya kepada Utusan Malaysia semalam.

Beliau mengulas kenyataan Pengerusi PN, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar yang mengesahkan kedudukan Bersatu dalam gabungan itu adalah kekal dan tidak berubah.

Sementara itu, Naib Presiden Parti Wawasan Negara (Wawasan), Datuk Wan Saiful Wan Jan berkata, Bersatu perlu menyelesaikan masalah dalamannya terlebih dahulu yang dikatakan tidak cukup bilangan bagi membolehkan mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) dite­ruskan mengikut Perlembagaan parti.

“Daripada segi peraturannya disebut, Presiden Pas juga menyebut, apabila Bersatu membuat keputusan sendiri dari pada kepentingan PN maka ada hujah bahawa keahliannya tergugur tetapi Bersatu bantah.

“Bagaimanapun, akhirnya keputusan akhir dibuat Majlis Tertinggi PN. Setakat ini masih ada arahan bahawa Bersatu tidak boleh hadir selagi tidak selesaikan keabsahan mereka. Kita tidak mahu ia memberi kesan negatif kepada PN,” katanya.

Jelasnya, memang terdapat arahan daripada kepimpinan PN ba yang Bersatu tidak perlu dijemput dalam mana-mana mesyuarat PN selagi masalah dalaman mereka tidak diselesaikan.

“Namun kenyataan Pengerusi PN ada betulnya kerana untuk menggugurkan keah­lian Bersatu perlu disahkan dalam mesyua­rat PN.

“Namun, kehadiran dalam mesyuarat tertakluk kepada arahan sebelum ini. Selagi masalah tidak selesai, selagi itulah mereka tidak sepatutnya hadir,” katanya.-UTUSAN.

The post Jangan pertikai hak Bersatu dalam PN appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved