Amukan ‘abang besar’

LocalEnvironment
29 Sep 2026 • 8:44 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Amukan ‘abang besar’

DUNGUN – Tiga pekebun berputih mata kerugian puluhan ribu ringgit selepas tanaman kelapa dan pisang diusahakan mereka musnah dikerjakan dua ekor gajah liar di Kampung Pasir Raja, Hulu Dungun sejak kira-kira dua minggu lalu.

Setakat ini, amukan ‘abang besar’ berkenaan telah merosakkan 400 batang pokok pisang dan 40 batang pokok kelapa sejak 17 September lalu.

Salah seorang pekebun terlibat, Ismail Ali Muda Mat Darun, 62, mendakwa, sebanyak 440 batang pokok pisang dan kelapa diusahakan dia dan dua lagi rakan sekampung di kebun seluas sehektar musnah.

“Saya mula menyedari sera­ngan dua gajah liar itu sewaktu tiba di kebun pukul 7 pagi, 17 September lalu. Kebun kami terus diceroboh dua ekor gajah liar berkenaan beberapa kali dengan terkahir pada 20 September lalu,” katanya ketika ditemui di kebunnya di sini, semalam.

Ismail mendakwa, dia ternam­pak gajah liar terbabit makan pokok ubi kayu berhampiran pekarangan rumahnya pada pukul 5.30 pagi, Isnin minggu lalu.

“Saya hanya berani mengintai perbuatan gajah terbabit dari celah tingkap rumah dan berharap haiwan itu segera beredar,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Pasir Raja, Tengku Mat Yunus Tengku Mat Rani berkata, perkampungan tersebut pernah diceroboh gajar liar pada bulan Mei lalu.

“Tak sampai empat bulan, gajah kembali mengganggu. Harap tindakan segera daripada pihak berkenaan sebab penempatan kami tidak jauh dari kebun,” katanya.

Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Terengganu, Dennis Ten Choon Yung pula percaya dua gajah liar terbabit tersesar dari Hutan Simpan Jengai atau Hutan Simpan Pasir Raja Selatan berhampiran. -KOSMO! ONLINE

The post Amukan ‘abang besar’ appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved