Empat maut akibat banjir di Bangkok

WorldEnvironment
29 Sep 2026 • 4:59 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Empat maut akibat banjir di Bangkok

BANGKOK: Empat orang maut di Bangkok selepas hujan lebat menyebabkan banjir besar di ibu negara Thailand itu, menurut kerajaan pada Selasa, menjadikan jumlah korban banjir di seluruh Thailand sejak pertengahan September kepada 23 orang.

Jabatan Pencegahan dan Mitigasi Bencana (DDPM) berkata, kira-kira 700,000 penduduk terjejas akibat banjir di Bangkok, selain memperincikan jumlah kematian berkenaan.

Beberapa kawasan Bangkok masih dilanda banjir pada Selasa, tiga hari selepas pihak berkuasa bandar mengisytiharkan bencana di seluruh ibu negara susulan hujan berterusan selama hampir 48 jam.

Sekolah kekal ditutup untuk hari kedua, manakala hampir 7,000 penduduk ditempatkan di lebih 230 pusat perlindungan di seluruh bandar, menurut pihak berkuasa Bangkok.

Dalam satu kenyataan, DDPM berkata, banjir melanda 29 daripada 77 wilayah di Thailand.

Empat orang maut di Bangkok, lapan di Samut Prakan yang terletak antara ibu negara dan kawasan pantai, manakala enam lagi maut di Sa Kaeo, sebuah wilayah di timur Thailand.

Mangsa selebihnya dilaporkan meninggal dunia di Chanthaburi, tenggara Bangkok serta Ayutthaya dan Saraburi, dua wilayah di utara ibu negara.

September merupakan kemuncak musim hujan di Thailand, namun ramai penduduk Bangkok berkata, banjir tahun ini kelihatan lebih buruk berbanding tahun-tahun sebelumnya.

Bandar itu dibina di kawasan bekas tanah paya dan dilintasi rangkaian terusan, yang sebahagian besarnya dinaiki air akibat hujan lebat.

Stesen pam beroperasi pada kapasiti penuh selama beberapa hari, namun Gabenor Bangkok, Chadchart Sittipunt berkata pada Ahad, air mungkin mengambil masa sehingga seminggu untuk surut sepenuhnya.

Saintis memberi amaran kekerapan cuaca ekstrem akan meningkat apabila pemanasan global semakin pantas akibat pelepasan daripada bahan api fosil.-AFP

The post Empat maut akibat banjir di Bangkok appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved