Anak Aminuddin nafi dakwaan Tok Mat dihalau dari kediaman rasmi

LocalPolitics
29 Jul 2026 • 1:57 PM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

Anak Datuk Seri Aminuddin Harun memberi penjelasan mengenai isu kediaman rasmi Menteri Besar Negeri Sembilan.

Anak kepada Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun menafikan dakwaan bahawa bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan pernah diusir keluar daripada kediaman rasmi selepas pertukaran kerajaan negeri.

Menerusi kenyataan di media sosial, beliau menegaskan kediaman rasmi Menteri Besar merupakan hak milik kerajaan negeri dan urusan keluar masuk kediaman berkenaan dilakukan mengikut prosedur biasa.

Beliau turut meminta supaya dakwaan berhubung isu berkenaan dihentikan kerana ia disifatkan sebagai naratif yang tidak tepat.

“Kediaman Rasmi itu hak milik kerajaan. Semua maklum. Urusan keluar masuk rumah diuruskan secara biasa. Janganlah main naratif ini lagi.

“Bapak saya tu tak jahat. Dia masih ada rumah sendiri. Ini bukan harta dia pun tiba-tiba nak halau orang. Dia pun tahu ini tumpangan,” katanya.

Image from: Anak Aminuddin nafi dakwaan Tok Mat dihalau dari kediaman rasmi

Beliau berkata, dakwaan seperti itu bukan kali pertama dibangkitkan dan berharap perkara tersebut tidak lagi dijadikan bahan untuk menyerang bapanya.

Menurutnya, ibu bapanya pada awalnya tidak bercadang untuk berpindah ke kediaman rasmi selepas Aminuddin mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar, sebaliknya terus menetap di rumah mereka di Taman Desa Ixora.

Image from: Anak Aminuddin nafi dakwaan Tok Mat dihalau dari kediaman rasmi
Pindah faktor keselamatan

Katanya, keputusan berpindah dibuat selepas mengambil kira faktor keselamatan, khususnya keadaan anggota pengawal keselamatan yang perlu bertugas di luar rumah dalam sebuah kabin.

“Parents saya tinggal di rumah kami di Taman Desa Ixora dalam sebulan selepas angkat sumpah. Mula-mula tak plan pun nak pindah ke Kediaman Rasmi.

“Tapi mengenangkan kesian guards yang kena station luar rumah dalam cabin, tak convenient. Rumah kami taman perumahan biasa sahaja. Kesian jiran-jiran, tiada privacy sebab tiba-tiba ada guards dan bodyguards keluar masuk lorong taman,” katanya.

Hantaran tular

Isu berkenaan timbul selepas satu hantaran di media sosial mendakwa Mohamad Hasan atau lebih dikenali sebagai Tok Mat pernah diusir keluar dari kediaman rasmi Menteri Besar pada tengah malam selepas Barisan Nasional (BN) tewas dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan.

Hantaran itu turut mendakwa tindakan berkenaan menunjukkan penyokong PH ketika itu tidak menghormati jasa Mohamad Hasan yang pernah menerajui negeri berkenaan.

Susulan dakwaan tersebut, anak Aminuddin tampil memberikan penjelasan dengan menegaskan tiada pihak diusir daripada kediaman rasmi berkenaan.

The post Anak Aminuddin nafi dakwaan Tok Mat dihalau dari kediaman rasmi appeared first on The Reporter.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved