Anak angkat Rizalman kritikal, kemalangan digilis lori

30 Aug 2026 • 10:29 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Anak angkat Rizalman kritikal, kemalangan digilis lori

PETALING JAYA – Malang tak berbau, pereka fesyen terkenal, Datuk Rizalman Ibrahim berkongsi berita duka apabila anak angkatnya, Umar Nail, terlibat dalam kemalangan ngeri selepas bertembung dengan sebuah lori ais di Wangsa Walk, semalam.

Rizalman, 54, berkata, Umar berada dalam keadaan kritikal selepas tercampak ke bawah lori sebelum digilis selama beberapa saat, mengakibatkan komplikasi pada organ dalaman.

“Aku tahu kalian risaukan kami, tetapi buat masa ini biarlah aku selesaikan dahulu bahagian aku. Umar keluar sekejap selepas tolong potong lobak. Dia sedang berjalan di laluan pejalan kaki di Wangsa Walk sebelum tiba-tiba bertembung dengan sebuah lori ais secara mengundur.

“Umar masuk ke bawah lori dan digilis selama beberapa saat. Disebabkan kejadian itu, terdapat sedikit komplikasi pada organ dalamannya.

“Ramai orang berada di lokasi kejadian dan banyak membantu. Pada awal menerima berita, aku benar-benar tersepit antara dua amanah, iaitu anak dan urusan perniagaan kerana ketika itu aku sedang memasak nasi tomato,” katanya dalam Instagram.

Image from: Anak angkat Rizalman kritikal, kemalangan digilis lori
Tangkap layar perkongsian Rizalman memaklumkan anak angkatnya kini kritikal selepas terlibat kemalangan digilis lori di ibu negara.

Tambahnya, keadaan Umar, 27, pada awalnya amat membimbangkan sehingga memerlukan pembedahan segera, namun kini anaknya berada di bawah pemantauan rapi pasukan pakar.

“Allah aturkan beberapa kenalan VVIP aku membantu memudahkan urusan hospital, di samping doa daripada hangpa semua. Pada awalnya, Umar sangat kritikal dan memerlukan pembedahan, tetapi sekarang dia berada di bawah pemantauan pakar.

“Aku pasti dia keluar semalam sebab nak pergi tekan ATM, kemudian keluar duit gaji bulanan dia untuk disedekahkan kepada aku,” ujarnya.

Rizalman turut tersentuh dengan keprihatinan orang ramai di lokasi kejadian serta bantuan pelbagai pihak dalam memastikan urusan rawatan Umar berjalan lancar.

Perkongsian tersebut mengundang rasa sebak dalam kalangan netizen, malah ramai menitipkan doa agar Umar segera pulih dan kembali sihat. – KOSMO! ONLINE

The post Anak angkat Rizalman kritikal, kemalangan digilis lori appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved