Anak bersihkan pinggan selepas makan, Ryzal Ibrahim dan isteri raih pujian ramai

Family & Parenting
31 Jan 2025 • 4:14 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Pempengaruh Ryzal Ibrahim dan isteri raih pujian ramai selepas anak mereka, Rina mengemas dan membersihkan mangkuk tanpa bantuan sesiapa setelah selesai makan.

Menerusi satu hantaran di Facebook, duriankimchi telah memuat naik satu video memaparkan Rina yang baru sahaja keluar dari dapur sambil memegang semangkuk aiskrim.

Ryzal Ibrahim dan isteri raih pujian ramai

Anak kecil itu kemudian mendekati meja makan mereka dan meletakkan mangkuknya di atas meja sebelum dibantu oleh Ryzal untuk menarik kerusi itu bagi membantunya duduk.

Ryzal kemudian meninggalkan Rina di ruang makan untuk menikmati aiskrimnya, bagaimanapun selepas selesai makan anak kecil itu cuba mencari bapanya sambil membawa mangkuk.

image is not available

Susulan tidak menemui Ryzal, Rina kemudian membawa pinggan tersebut ke singki di dapur, malah anak kecil berusia tiga tahun itu turut membasuh mulutnya untuk membersihkan sisa aiskrim di muka.

Tidak cukup dengan itu, Rina juga sempat mengelap meja makan selepas aiskrimnya menitik sedikit ketika dia sedang makan serta menolak semula kerusi masuk ke bawah meja selepas selesai makan.

Ryzal yang kemudian datang ke dapur untuk memastikan Rina selamat hanya melihat anaknya itu bekerja dari belakang.

image is not available

Sebaik Rina selesai membasuh muka, Ryzal bertepuk tangan dan bersorak atas kejayaan anaknya itu membersihkan mangkuk yang telah dia gunakan.

Menjengah ke ruangan komen, ramai warga maya yang memuji pasangan pempengaruh itu kerana berjaya mendidik anak mereka untuk mementingkan kebersihan.

Ryzal Ibrahim dan isteri raih pujian ramai – “Bagus ibu bapa dia”

image is not available

Hebat didikan Maryam dan Ryzal

image is not available

Terbaik Ryzal dan Maryam

image is not available

Dalam pada itu, ramai juga warganet yang memuji Rina atas kerajinannya untuk membersihkan meja selepas dia selesai makan.

Bagus, cerdik…

image is not available

Beradab Rina ni

image is not available

Comelnya Rina….

Sumber: Facebook duriankimchi