Anak kepada bintang legenda, Uji Rashid iaitu Ezzaq Farrouq Harahap Jamaludin atau lebih dikenali sebagai Cico Harahap, 48, meninggal dunia di Hospital Ampang kira-kira jam 11 pagi tadi.
Berita sedih itu dimaklumkan Presiden Persatuan Kebajikan Artis Veteran Malaysia (PKAVM), Sandakiah Azez kepada Harian Metro.
Cico sempat dirawat di ICU
Menurut Sandakiah, Allahyarham Cico telah dimasukkan ke hospital berkenaan sejak seminggu lalu selepas mengalami kesukaran bernafas.

“Pada mulanya, arwah Cico dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU), tetapi pada Khamis lalu dipindahkan ke wad biasa. Bagaimanapun punca kematiannya belum dapat dikenalpasti,” katanya.
Media turut dilaporkan sedang berusaha menghubungi Uji Rashid bagi mendapatkan maklum balas mengenai pemergian anaknya itu, namun setakat ini tiada sebarang maklum balas diterima.
Cico berdepan masalah kesihatan sejak 2016
Sebelum ini, Allahyarham Cico yang mula aktif dalam bidang lakonan sejak 1993 dilaporkan berdepan masalah kesihatan sejak akhir 2016.
Selain mendapatkan rawatan di hospital, Uji Rashid juga pernah dilaporkan membawa Allahyarham menjalani rawatan perubatan Islam.
Pemergian Cico pada usia 48 tahun itu meninggalkan kenangan tersendiri dalam kalangan peminat yang mengikuti perjalanan kerjaya lakonannya sejak lebih tiga dekad lalu.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

“Siapa Wanita Atas Kapal Tu?” – Kemunculan Wanita Bersama Khairul Aming Cetus Tanda Tanya Netizen
The post Anak Lelaki Uji Rashid, Cico Meninggal Dunia Di Usia 48 Tahun first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.






