Anak Uji Rashid, Cico Harahap Meninggal Dunia

EntertainmentPolitics
8 Nov 2026 • 4:27 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

Anak Uji Rashid, Cico Harahap Meninggal Dunia

Anak kepada penyanyi dan pelakon legenda, Uji Rashid iaitu Ezzaq Farrouq Harahap Jamaludin atau lebih dikenali sebagai Cico Harahap, 48, meninggal dunia pada Ahad.

Presiden Persatuan Kebajikan Artis Veteran Malaysia (PKAVM), Sandakiah Azez mengesahkan Allahyarham menghembuskan nafas terakhir kira-kira jam 11 pagi ketika menerima rawatan di hospital.

Menurutnya, Allahyarham dimasukkan ke hospital kira-kira seminggu lalu selepas mengalami masalah sesak nafas di rumah.

“Ketika dimasukkan ke hospital, Allahyarham dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) sebelum dipindahkan ke wad biasa pada Khamis lalu.

“Bagaimanapun, saya tidak pasti sama ada terdapat komplikasi kesihatan yang menyebabkan pemergiannya hari ini,” katanya.

Tambahnya, urusan pengebumian Allahyarham dijangka dilakukan di Bukit Antarabangsa. - Getaran, 8 November 2026

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved