Rindu terkilan tidak sempat berada di sisi Cico ketika menghembuskan nafas terakhir

Entertainment
8 Nov 2026 • 8:00 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Rindu terkilan tidak sempat berada di sisi Cico ketika menghembuskan nafas terakhir

AMPANG: Anak kepada penyanyi dan pelakon, Cico Harahap, Rindu Nur Fitrah, 18, meluahkan rasa terkilan apabila tidak berpeluang berada di sisi bapanya ketika Allahyarham menghembuskan nafas terakhir.

Rindu berkata, dia terkejut sebaik tiba di hospital apabila mendapati bapanya sudah meninggal dunia. Malah, dia tidak menyangka akan kehilangan insan tersayang itu dalam keadaan sedemikian.

Menurutnya, tiada pesanan terakhir yang sempat disampaikan Allahyarham kepadanya memandangkan keadaan bapanya ketika itu terlalu uzur untuk berkata-kata.

“Ketika saya tiba di hospital, memang saya sangat terkejut. Doktor ada menghubungi tetapi saya tidak sempat mengangkat panggilan telefon tersebut kerana sedang sibuk.

“Apabila sampai di hospital, saya terus nampak Papa sudah tidak bernyawa di atas katil. Saya segera berlari mendapatkan doktor untuk bertanyakan apa yang berlaku. Itu sahaja,” katanya.

Rindu berkata demikian ketika ditemui Utusan Malaysia usai pengebumian Allahyarham bapanya di Tanah Perkuburan Ukay Perdana, di sini, petang tadi.

Dalam pada itu, Rindu berharap orang ramai dapat mendoakan agar Allahyarham ditempatkan dalam kalangan ahli syurga, diberikan ketenangan serta diampunkan segala dosanya.

“Saya harap semua dapat mendoakan Papa agar ditempatkan di syurga, diberikan ketenangan dan diampunkan segala dosa. Terima kasih,” katanya.

Terdahulu, anak kepada penyanyi legenda, Uji Rashid itu meninggal dunia di Hospital Ampang, kira-kira pukul 11 pagi tadi.

Allahyarham Cico sebelum ini dimasukkan ke hospital berkenaan sejak seminggu lalu selepas mengalami kesukaran bernafas.

The post Rindu terkilan tidak sempat berada di sisi Cico ketika menghembuskan nafas terakhir appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved