'Anak saya tak gila' - Remaja 17 tahun tikam adik ipar diarah jalani pemeriksaan mental

23 Sep 2026 • 2:17 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: 'Anak saya tak gila' - Remaja 17 tahun tikam adik ipar diarah jalani pemeriksaan mental
Remaja 19 tahun didakwa menikam adik iparnya sebanyak tiga kali dengan pisau sehingga mangsa cedera di bahagian belakang dan paru-paru dalam kejadian Khamis lalu.

BATU PAHAT – Seorang wanita mendakwa anaknya tidak gila, selepas Mahkamah Majistret Yong Peng dekat sini, pada Selasa memerintahkan anak lelakinya berusia 17 tahun akan menjalani pemeriksaan di Hospital Permai.

Remaja berkenan didakwa menikam adik iparnya sebanyak tiga kali dengan pisau sehingga mangsa cedera di bahagian belakang dan paru-paru dalam kejadian Khamis lalu.

Majistret Mustaqim Sukarno mengarahkan tertuduh menjalani pemeriksaan pada 22 Oktober ini bagi menentukan sama ada dia layak dibicara atau membuat pengakuan terhadap pertuduhan.

Mahkamah juga tidak menawarkan ikat jamin memandangkan tertuduh tinggal bersama mangsa serta saksi kejadian.

Tertuduh yang bekerja sebagai pembantu kedai menjual barangan terpakai didakwa melakukan cubaan membunuh adik ipar lelaki berusia 18 tahun dengan menikam menggunakan sebilah pisau yang boleh menyebabkan kematian.

Kesalahan itu dilakukan di sebuah rumah di Jalan Ismail, Senggarang, dekat sini, pada jam 5 pagi 17 September lalu dan suspek ditahan pada hari sama jam 12.30 tengah hari.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara hingga 20 tahun dan denda jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nur Shahzleen Ibrahim manakala tertuduh diwakili peguam, Siti Farha Farieb.

Mengikut fakta kes, dalam kejadian itu, tertuduh didakwa menikam dada dan belakang adik iparnya menggunakan pisau sepanjang 14.5 sentimeter.

Sehari sebelum kejadian, mangsa dan isterinya berusia 14 tahun yang juga adik tertuduh bertengkar pada jam 5 petang, namun remaja terbabit yang turut berada di lokasi hanya berdiam diri.

Bagaimanapun, ketika mangsa sedang tidur, tertuduh didakwa menendang adik iparnya itu dan kemudian terus menikamnya sebaik mangsa terjaga.

Kejadian itu tidak disedari ahli keluarga yang sedang tidur dan selepas menikam, tertuduh melarikan diri dan mangsa yang parah dibawa ke Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) oleh ibu mentuanya untuk rawatan.

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved