Kes Tikam Bandar Utama: Tertuduh Mengaku Suka Mangsa Sebelum T*kam 200 Kali

23 Sep 2026 • 4:05 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

syaz ft 2026 09 23T155755.624

Alasan penghakiman Mahkamah Tinggi di sini mendedahkan maklumat mengejutkan mengenai tindakan seorang remaja lelaki berusia 15 tahun yang menikam rakan sekolahnya sehingga mati di Bandar Utama, Petaling Jaya, tahun lalu.

Hakim Adlin Abdul Majid mendedahkan, tertuduh bukan sahaja meluahkan perasaan menyukai mangsa berusia 16 tahun berkenaan sebelum melakukan serangan, malah turut mengalami delusi kebesaran diri dan ketaksuban melampau terhadap pembunuh bersiri serta animasi Death Note.

Dalam kejadian itu, tertuduh bertindak mengekor mangsa ke tandas perempuan di tingkat bawah sebelum mengacukan sebilah pisau berukuran 30 sentimeter (cm) yang terukir perkataan ‘Leatherneck SF’ dan memaksa mangsa masuk ke dalam kubikel.

“Sebaik berada di dalam kubikel, remaja itu mengunci pintu lalu bertanya kepada mangsa adakah dia (nama mangsa) dan memberitahu bahawa dirinya menyukai mangsa.

Mangsa cuba melawan dan mahu keluar dari kubikel, namun remaja itu menolaknya semula ke dalam dan mula menikamnya,” kata Hakim Adlin.

Laporan bedah siasat bertarikh 22 Disember 2025 merekodkan anggaran 180 hingga 200 luka tikaman dan hiris pada tubuh mangsa, terutamanya di bahagian leher dan dada yang membawa kepada kematiannya di tempat kejadian.

Taksub Pembunuh Bersiri & Animasi ‘Death Note’

Alasan penghakiman turut mendedahkan tertuduh mula memupuk minat terhadap penembak sekolah dan pembunuh bersiri luar negara, termasuk pelaku insiden tembakan Sekolah Tinggi Columbine, Amerika Syarikat (1999) kerana merasakan dirinya pernah dibuli dan terasing secara sosial.

“Dia seterusnya membaca secara mendalam mengenai pesalah lain yang serupa dan merujuk mereka sebagai idola atau contoh teladan, selain menulis nama mereka dalam Buku Nota Death Note,” katanya.

Sejak Mac 2025, remaja terbabit mula mengalami halusinasi pendengaran arahan dan mengaitkan dirinya dengan watak Light Yagami (Kira) daripada anime Death Note, sehingga percaya beliau menjadi figura seperti tuhan yang berhak menghapuskan individu tidak layak.

Susulan delusi kebesaran diri itu, tertuduh membeli buku ‘Death Note’ dan menulis nama empat rakan sekolahnya, termasuk nama mangsa.

Sumber: Harian Metro, Berita Harian

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved