Anak syarikat Propel Global meterai MoU teroka projek minyak dan gas di Sabah

LocalBusiness & Finance
23 Oct 2026 • 6:40 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Anak syarikat Propel Global meterai MoU teroka projek minyak dan gas di Sabah Image from: Anak syarikat Propel Global meterai MoU teroka projek minyak dan gas di Sabah johardy23/10/2026 - 18:40 Oleh JOHARDY IBRAHIM editor@dagangnews.com

KUALA LUMPUR 23 Okt - Anak syarikat Propel Global Berhad, Best Wide Engineering (M) Sdn Bhd memeterai memorandum persefahaman (MoU) dengan Labuan Shipyard & Engineering Sdn Bhd dan Teguh Energy Sdn Bhd untuk meneroka projek kejuruteraan minyak dan gas di Sabah.

 

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, Propel Global berkata, kerjasama itu meliputi projek kejuruteraan, perolehan, pembinaan dan pentauliahan (EPCC), kerja luar pesisir dan darat, fabrikasi, penyelenggaraan serta perkhidmatan kejuruteraan berkaitan di kawasan maritim Sabah.

 

Di bawah MoU tersebut, ketiga-tiga pihak akan bersama-sama mengenal pasti dan menilai peluang projek, menyediakan serta mengemukakan tender dan cadangan, selain berkongsi kepakaran teknikal dan sumber.

 

Kerjasama itu turut merangkumi urusan dengan pihak berkuasa kerajaan dan badan kawal selia serta pembangunan strategi pelaksanaan projek.

 

Labuan Shipyard & Engineering terbabit dalam pembinaan dan pembaikan kapal serta fabrikasi kemudahan minyak dan gas luar pesisir.

 

Teguh Energy pula menyediakan perkhidmatan sokongan pengekstrakan minyak dan gas, tenaga kerja serta penyelenggaraan peralatan industri.

 

Best Wide Engineering mempunyai kepakaran dalam kerja EPCC, peralatan dan sistem kejuruteraan serta perkhidmatan pengurusan projek bagi industri minyak dan gas.

 

MoU itu tidak mengikat dan tidak eksklusif, dengan tempoh dua tahun dari tarikh ditandatangani. - DagangNews.com

Terkini standard
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved