“Anak yang baik, pandai… maafkan mama” – Ucapan Abby Abadi Buat Marissa Dania Undang Sebak Netizen

EntertainmentLifestyle
3 Jul 2026 • 12:45 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

abby abadi ucapan marissa dania

Pelakon Abby Abadi sekali lagi mencuri perhatian apabila berkongsi ucapan penuh kasih sayang buat anak perempuannya yang juga pempengaruh media sosial, Marissa Dania Hakim sempena ulang tahun kelahirannya yang ke-21.

Menerusi ucapan tersebut, Abby menitipkan doa serta harapan agar anaknya terus melangkah jauh mengejar impian.

Pelakon berusia 48 tahun itu menzahirkan rasa syukur dan kasih seorang ibu yang sentiasa mengiringi perjalanan hidup anak keduanya itu.

“Selamat hari ulang tahun kelahiran Marissa Dania yang ke -21. Alhamdulillah. Sihat sempurna, cantik manis selalu anak mama ya.

“Maaf tak dapat sambut sama-sama hari ini (semalam). Terbanglah setinggi manapun dan gapailah segala impianmu.

“Doa mama sentiasa mengiringi,” katanya.

Tambah Abby, dia menyifatkan Marissa sebagai anak yang baik sepanjang tempoh dibesarkan olehnya.

Dia juga menitipkan nasihat agar Marissa sentiasa berwaspada dengan semua yang perkara agar tidak terjebak dalam sebarang masalah lagi.

 

View on Threads

 

Ucapan ringkas namun cukup menyentuh hati itu nyata membuatkan ramai netizen sebak. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mengakui mereka tersentuh dengan ucapan yang dititipkan Abby kepada anaknya.

Netizen menyifatkan kasih seorang ibu tidak pernah berubah walau apa juga ujian yang dilalui, malah ramai turut mendoakan agar hubungan mereka sekeluarga terus dipermudahkan.

Screenshot 2026 07 03 123657 Screenshot 2026 07 03 123705 Screenshot 2026 07 03 123716 Screenshot 2026 07 03 123732

Semalam, Marissa dilihat diraikan dalam sebuah majlis yang turut dihadiri bapanya, Norman Hakim dan ibu tirinya, Memey Suhaiza. Bagaimanapun kelibat Abby tidak kelihatan pada majlis tersebut.

Sumber: Threads

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved