Ancaman Iran muslihat Israel ganggu rundingan

WorldPolitics
13 Aug 2026 • 10:30 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Ancaman Iran muslihat Israel ganggu rundingan

ANKARA: Turkiye mengesyaki laporan risikan Israel mengenai dakwaan Iran merancang pembunuhan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, ketika sidang kemuncak Perjanjian Atlantik Utara (NATO) di Ankara bulan lalu sebagai muslihat untuk menjejaskan rundingan dengan Teheran, lapor Middle East Eye (MEE).

Ankara dikenakan kawalan ketat sepanjang sidang kemuncak NATO pada 7 dan 8 Julai, dengan jalan raya disekat, laluan pejalan kaki ditutup serta penjawat awam diberikan cutipentadbiran selama seminggu.

Keadaan itu menyebabkan kebanyakan bandar lengang.

Kerajaan Turkiye turut menukar pangkalan Tentera Udara Turki, Etimesgut, yang secara rasmi dikenali sebagai Lapangan Terbang Ankara, bagi tujuan sidang berkenaan.

Langkah itu membolehkan ketua negara tiba di lokasi persidangan dalam tempoh kira-kira 10 minit.

Di sebalik langkah keselamatan ketat itu, pegawai AS memaklumkan kepada rakan sejawat di Turkiye bahawa mereka menerima laporan risikan daripada Israel yang mendakwa Iran mungkin menyasarkan Trump.

Menurut sumber yang mempunyai maklumat berhubung perkara itu, laporan berkenaan memberi amaran unit operasi sulit Iran berkemungkinan menyasarkan pesawat baharu Air Force One milik Trump berdekatan Lapangan Terbang Ankara.

“Kononnya, pihak Iran boleh menyasarkan pesawat berkenaan dari jarak radius satu kilometer menggunakan peluru berpandu bahu yang dikenali sebagai Manpads,” kata seorang sumber kepada MEE.

Laporan risikan Israel itu muncul pada saat genting ketika Trump sedang berunding dengan Iran untuk menamatkan perang dan membuka semula Selat Hormuz.

Dalam pertemuannya dengan Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan, Trump berulang kali berkata, perang AS dengan Iran berakhir dan menyatakan harapan terhadap rundingan berkenaan, menurut sumber.

Pendirian tersebut bertentangan dengan agenda Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, yang mahu permusuhan disambung semula, termasuk melancarkan serangan lebih besar terhadap infrastruktur tenaga Iran serta kempen pembunuhan baharu yang menyasarkan pemimpin republik Islam itu.

Pegawai Turkiye percaya laporan risikan Israel itu hanya helah kerajaan Netanyahu menggagalkan rundingan dengan Iran serta menjejaskan hubungan rapat Trump dan Erdogan.

“Sudah tentu kami mengambil laporan itu dengan serius. Namun, kami percaya laporan tersebut mungkin tidak sepenuhnya benar,” kata pegawai yang mengetahui perkara berkenaan.

The post Ancaman Iran muslihat Israel ganggu rundingan appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved