Anda Kini Boleh Memasang Windows 11 Pada Konsol-Konsol Steam Deck Dan Steam Machine

TechnologyGaming
9 Jul 2026 • 11:59 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Dengan pengenalan konsol gaming Steam Deck dan Steam Machine, pengguna kini boleh juga memasang sistem operasi SteamOS pada komputer-komputer yang dikuasakan oleh komponen-komponen tertentu. Terkini, Valve juga telah memperkenalkan satu tambahan kemampuan baru, iaitu untuk pengguna memasang sistem operasi Microsoft Windows 11 pada konsol-konsol tersebut.

Valve baru sahaja mengumumkan sokongan sistem operasi Microsoft tersebut melalui laman sokongan mereka, dan mengatakan bahawa jika diingini, mereka telah memperlihatkan langkah-langkah yang perlu diambil untuk melakukannya. Valve juga memperlihatkan perisian pemandu untuk komponen APU, grafik, pembaca kad SD, Wi-Fi, Bluetooth dan audio.

Image from: Anda Kini Boleh Memasang Windows 11 Pada Konsol-Konsol Steam Deck Dan Steam Machine

Walaupun begitu, Valve turut mengatakan bahawa walaupun sistem operasi tersebut kini disokong pada konsol Steam Deck dan Steam Machine, mereka tidak akan mengoptimasi sokongan ini. Jadi sekiranya pengguna menghadapi sebarang masalah untuk menggunakan konsol-konsol ini bersama dengan sistem operasi Windows 11, tiada sebarang bantuan akan hadir untuk memperbaikinya.

Valve juga memperlihatkan satu laman web khusus untuk memasang kembali sistem operasi SteamOS sekiranya anda tidak lagi mahu menggunakan Windows 11. Ini adalah kerana SteamOS tidak menyokong fungsi dual-boot yang membolehkan anda memasang dua sistem operasi sekaligus pada konsol-konsol Steam Deck dan Steam Machine.

Sumber: Valve 1, 2

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved