Android Switch Baharu Membolehkan Majoriti Data iPhone Dipindahkan Ke Telefon Android Baharu

TechnologyDigital
23 Jul 2026 • 9:21 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Siapa yang pernah cuba berpindah dari iOS ke Android pasti mempunyai banyak cerita seram seperti tidak dapat mengembalikan mesej WhatsApp yang dahulunya terkunci di iCloud. WhatsApp telah memudahkan proses migrasi beberapa tahun lalu.

Kini selepas siri Z Fold8 dan Z Flip8 telah dilancarkan sebagai peranti Android 17 pertama di pasaran, aplikasi Android Switch turut telah dikemaskini untuk memudahkan lagi migrasi data iOS ke Android.

Image from: Android Switch Baharu Membolehkan Majoriti Data iPhone Dipindahkan Ke Telefon Android Baharu

Seperti dijanjikan di Google I/O pada Mei lalu, Android Switch telah dikemaskini dengan kemampuan memindahkan hampir kesemua data dari sebuah iPhone ke sebuah telefon Android baharu. Bila kami katakan hampir, hanya 1 daripada 30 data sahaja yang belum lagi belum boleh dipindahkan. Antara yang kini boleh dipindahkan ialah iMessage, eSIM, kata laluan, Passkeys, kata laluan Wi-Fi dan banyak lagi.

Google bekerjasama dengan Apple bagi memudahkan proses migrasi data. Dengan Android Switch baharu terpasang pada Z Fold8 dan Z Flip8, 97% data boleh dipindahkan secara nirwayar. Dalam versi terdahulu, pemindahan majoriti data perlu dilakukan dengan sambungan kabel. Senarai lengkap data yang boleh dipindahkan dari iPhone ke Android adalah seperti di bawah

Nirwayar (Lama)Berwayar (Lama)NIrwayar atau Berwayar (Baharu)
Acara kalendar
Kenalan
Foto dan video setempat
Penggera Jam
Tetapan Peranti dan Kebolehcapaian
Fail yang dimuat turun
Aplikasi percuma
Susunan skrin utama
Sejarah iMessage
Fail muzik
Nota (teks sahaja)
Memo suara
Gambar latar belakang
Sejarah WhatsApp
Sejarah SMS, MMS dan RCS
RCS yang disulitkan
Semua fail dan folder
Lampiran kalendar
Sejarah panggilan
Akaun Google
eSIM
Lampiran nota
Label nota
Lampiran mesej dinyahmuat
Kata Laluan One Time
Passkeys
Kata laluan
Saluran data aplikasi pihak ketiga
Kata laluan Wi-Fi
Album gambar (Akan datang)

Android Switch baharu kini boleh digunakan semua peranti Android 17 dan peranti Pixel 8 dan ke atas. Ia juga akan tersedia melalui Samsung Smart Switch pada peranti siri Samsung Galaxy Z Flip8 dan Galaxy Z Fold8. Ia akan disokong pada lebih banyak peranti Android tidak lama lagi.

Sumber – r/Android

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved