Anggota Maritim maut, tiga cedera ketika operasi di Sungai Padang

27 Oct 2026 • 1:59 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Anggota Maritim maut, tiga cedera ketika operasi di Sungai Padang

KANGAR: Seorang anggota Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) maut manakala tiga lagi rakan setugasnya cedera dipercayai tercampak keluar dari bot yang terlanggar tembok di pesisir pantai ketika menjalankan operasi di perairan Sungai Padang, di sini tengah malam tadi.

Dalam kejadian sekitar pukul 12.30 tengah malam itu, Laskar Kanan Maritim (Teknikal) Mohd Roshaimi Mohd Ridzuan, 41,yang bertugas di Unit Perisikan Ibu Pejabat Maritim Malaysia Kedah/Perlis disahkan meninggal dunia,

Pasukan berkenaan difahamkan mengejar sebuah bot disyaki membawa sembilan pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Myanmar.

Difahamkan, kehilangan mangsa hanya disedari oleh rakan setugas selepas mendapati jumlah anggota tidak mencukupi sebelum jenazah ditemukan kira-kira sejam kemudian selepas gerakan mencari dijalankan.

Ketika ini, ahli keluarga Allahyarham berkumpul di Jabatan Forensik Hospital Tuanku Fauziah (HTF) bagi menunggu urusan bedah siasat dan memandikan jenazah selesai.

Mohd Roshaimi meninggalkan seorang isteri serta dua cahaya mata masing-masing berusia 14 dan 11 tahun.

Jenazah dijangka dibawa pulang ke kampung halamannya di Kuala Nerang, Kedah selepas proses bedah siasat selesai.-UTUSAN

The post Anggota Maritim maut, tiga cedera ketika operasi di Sungai Padang appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved