Anggota penjara disyaki terima rasuah bawa masuk barang larangan

LocalPolitics
5 Aug 2026 • 4:14 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Anggota penjara disyaki terima rasuah bawa masuk barang larangan

MELAKA – Seorang anggota penjara direman enam hari bermula hari ini selepas disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM3,000 sebagai dorongan untuk membawa masuk artikel larangan ke dalam penjara.

Perintah reman sehingga 10 Ogos itu telah dikeluarkan Majistret Uthman Abd. Ghani terhadap suspek berusia 20-an selepas permohonan dibuat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Mahkamah Ayer Keroh pagi tadi.

Menurut sumber, suspek telah ditahan kira-kira pukul 11.50 pagi semalam di rumahnya di Sungai Petani, Kedah.

“Siasatan awal mendapati suspek dipercayai melakukan perbuatan tersebut pada Mac lalu ketika bertugas di penjara di Melaka.

“Suspek disyaki menerima wang rasuah berkenaan melalui transaksi pemindahan wang ke akaun e-dompet (e-wallet) miliknya,” katanya.

Sementara itu, Pengarah SPRM Melaka, Datuk Adi Supian Shafie, ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut dan kes disiasat di bawah Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009. – KOSMO! ONLINE

The post Anggota penjara disyaki terima rasuah bawa masuk barang larangan appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved