Anggota penjara disyaki terima rasuah RM3,000 direman enam hari

LocalPolitics
5 Aug 2026 • 4:11 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

Image from: Anggota penjara disyaki terima rasuah RM3,000 direman enam hari

Anggota penjara direman enam hari selepas disyaki menerima rasuah RM3,000 bagi membawa masuk artikel larangan ke penjara di Melaka

MELAKA: Seorang anggota penjara direman enam hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berhubung dakwaan meminta dan menerima rasuah kira-kira RM3,000 sebagai dorongan untuk membawa masuk artikel larangan ke dalam sebuah penjara di negeri ini.

Perintah reman sehingga 10 Ogos terhadap suspek lelaki berusia lingkungan 20-an itu dikeluarkan Majistret Uthman Abd Ghani selepas permohonan dibuat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Mahkamah Majistret Ayer Keroh, di sini pagi tadi.

Menurut sumber, suspek ditahan kira-kira 11.50 pagi semalam di rumahnya di Sungai Petani, Kedah, dengan siasatan awal mendapati suspek dipercayai melakukan perbuatan itu pada Mac lepas ketika bertugas di sebuah penjara di Melaka.

“Suspek disyaki menerima wang rasuah berjumlah kira-kira RM3,000 melalui transaksi pemindahan wang ke akaun e-dompet (e-wallet) miliknya sebagai balasan membawa masuk artikel larangan ke dalam penjara,” katanya. 

Pengarah SPRM Melaka Datuk Adi Supian Shafie ketika dihubungi mengesahkan penahanan berkenaan dan kes disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved