Anggota polis dilanggar semasa mengawal laluan Sultan Kelantan

26 Sep 2026 • 10:16 AM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

Image from: Anggota polis dilanggar semasa mengawal laluan Sultan Kelantan

Anggota polis cedera luaran selepas dilanggar Proton Saga ketika menutup laluan untuk rombongan Sultan Muhammad V ke majlis sambutan hari keputeraan.

KOTA BHARU: Seorang anggota Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Daerah Tumpat cedera selepas dilanggar kereta ketika menjalankan tugas kawalan lalu lintas di Persimpangan Lampu Isyarat Kepulau, Palekbang di Tumpat, tengah hari semalam.

Ketua Polis Daerah Tumpat ACP Mohd Khairi Shafie berkata dalam kejadian pada 1.25 tengah hari itu, anggota berusia 22 tahun berkenaan sedang menutup laluan dari arah Morak ke Palekbang bagi memberi laluan kepada rombongan Sultan Kelantan Sultan Muhammad V.

Beliau berkata rombongan berkenaan dalam perjalanan untuk menunaikan solat Jumaat dan menghadiri Majlis Jamuan Rakyat sempena Ulang Tahun Keputeraan Sultan Muhammad V ke-57.

“Hasil siasatan awal mendapati sebuah kereta jenis Proton Saga yang dipandu seorang wanita tempatan berusia 55 tahun dari arah Morak dipercayai gagal menyedari kehadiran anggota polis yang sedang menjalankan tugas kawalan lalu lintas sebelum melanggar anggota berkenaan,” katanya dalam kenyataan semalam.

Mohd Khairi berkata akibat kejadian itu, anggota polis terbabit terjatuh di lokasi kejadian dan mengalami kecederaan luaran sebelum dibawa ke Hospital Tumpat untuk mendapatkan rawatan sebagai pesakit luar.

Beliau berkata pemandu kereta terbabit tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 79(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan siasatan lanjut masih diteruskan, termasuk usaha mengesan rakaman kamera papan pemuka atau rakaman lain yang boleh membantu siasatan,” katanya.

Beliau turut menasihatkan semua pengguna jalan raya supaya sentiasa mematuhi arahan anggota polis yang menjalankan tugas kawalan lalu lintas serta memberikan perhatian sepenuhnya terhadap keadaan jalan raya, khususnya ketika operasi khas dan kawalan lalu lintas bagi mengelakkan kejadian tidak diingini.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved