Anggota polis direman terima wang RM3,000

LocalPolitics
31 Oct 2026 • 6:22 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Anggota polis direman terima wang RM3,000

SEREMBAN – Seorang anggota polis direman selama empat hari bagi membantu siasatan kes meminta dan menerima rasuah RM3,000 daripada pasangan suami isteri sebagai balasan untuk tidak mengambil tindakan berhubung kes gaduh membabitkan ahli keluarga mereka.

Perintah reman sehingga 3 November ini dikeluarkan Majistret Nurul Azuin Mohd Talhah di Mahkamah Majistret di sini pagi tadi.

Suspek yang berusia dalam lingkungan 30-an itu ditahan pada pukul 10 malam semalam di sebuah ibu pejabat polis di negeri ini.

Siasatan awal mendapati suspek dipercayai meminta dan menerima wang rasuah itu kelmarin ketika menyiasat kes membabitkan pasangan suami isteri di pejabatnya.

Wang itu dipercayai sebagai balasan supaya suspek tidak mengambil tindakan terhadap kes pergaduhan yang melibatkan ahli keluarga pasangan berkenaan.

Pengarah SPRM Negeri Sembilan, Awgkok Ahmad Taufik Putra Awg Ismail memberitahu, kes disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009. – KOSMO! ONLINE

The post Anggota polis direman terima wang RM3,000 appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved