Anggota TDM cedera ditembak: Peluru tembusi pipi hingga rahang

13 Aug 2026 • 12:05 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Anggota TDM cedera ditembak: Peluru tembusi pipi hingga rahang

PETALING JAYA – Seorang anggota Tentera Darat Malaysia (TDM) cedera selepas terkena tembakan ketika menjalani latihan menembak di Lapang Sasar 75 Meter, Menyala, Port Dickson, petang semalam.

TDM dalam kenyataan memaklumkan, mangsa, Truper (Tpr) Muhammad Akhmal Shahrudin ketika itu sedang menjalani latihan bagi persiapan pertandingan Ujian Kemahiran Menembak Tentera Darat (UKMTD) kira-kira pukul 2.15 petang.

Menurut TDM, kejadian berlaku ketika seorang lagi anggota melaksanakan latihan kering sebelum melepaskan tembakan ke sasaran pada jarak 25 meter tanpa menyedari Muhammad Akhmal masih berada di belakang sasaran berkenaan.

Akibat kejadian itu, mangsa mengalami kecederaan akibat tembakan pada bahagian pipi kanan sehingga menembusi rahang bawah kiri.

“Mangsa kemudian dikejarkan ke Hospital Port Dickson bagi mendapatkan rawatan awal untuk menghentikan pendarahan. Hasil pemeriksaan doktor mendapati tiada sebarang kecederaan dalaman. Keadaan anggota pada ketika ini adalah stabil dan beliau ditidurkan untuk rawatan lanjut,” katanya.

Dalam pada itu, Polis Diraja Malaysia akan menjalankan siasatan terperinci bagi mengenal pasti punca serta faktor yang membawa kepada kejadian tersebut.

TDM turut akan melakukan siasatan dalaman berhubung insiden berkenaan dan menyeru semua pihak supaya tidak membuat sebarang spekulasi bagi memberi ruang kepada proses siasatan dilaksanakan secara telus serta adil.

Dalam masa yang sama, Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Azhan Md Othman turut mendoakan agar segala urusan Muhammad Akhmal sepanjang proses rawatan dan pemulihan dipermudahkan. – KOSMO! ONLINE

The post Anggota TDM cedera ditembak: Peluru tembusi pipi hingga rahang appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved