Anggota tentera cedera, terkena tembakan di lapang sasar

13 Aug 2026 • 8:30 AM MYT
Scoop.my
Scoop.my

News You Can Use, Investigative Reports, Sports, Videos, and Analysis

Image from: Anggota tentera cedera, terkena tembakan di lapang sasar

KUALA LUMPUR - Seorang anggota tentera lelaki cedera pada bahagian muka selepas dipercayai terkena tembakan yang dilepaskan rakannya ketika berada di lapang sasar di Sungai Menyala, Port Dickson, semalam.

Menurut Timbalan Ketua Polis Negeri Sembilan, Mohd Nasharudin Mohd Shariff , dalam kejadian kira-kira 2.15 petang itu, mangsa, yang berusia dalam lingkungan 20-an bersama beberapa anggota lain berada di lokasi berkenaan untuk latihan menembak.

“Mangsa kemudian dibawa ke Hospital Port Dickson sebelum dirujuk ke Hospital Tuanku Ja’afar, di sini bagi rawatan lanjut. 

“Mangsa dilaporkan berada dalam keadaan stabil,” katanya, lapor Bernama.

Susulan itu, katanya, polis menahan seorang lelaki berusia lingkungan 20 tahun yang juga anggota tentera bagi membantu siasatan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 37 Akta Senjata 1960 dan Seksyen 337 Kanun Keseksaan. - 13 Ogos, 2026

The post Anggota tentera cedera, terkena tembakan di lapang sasar appeared first on Scoop.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved