Anggota tentera dituduh miliki senjata api, peluru

10 Oct 2026 • 1:13 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Anggota tentera dituduh miliki senjata api, peluru

KUALA LUMPUR – Anggota tentera yang ditahan bersama sepucuk pistol dan puluhan butir peluru di Kem Askar Sungai Besi, di sini, minggu lalu, telah dituduh di mahkamah pada kelmarin.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Mohd Rosdi Daud berkata, pertuduhan itu dibuat selepas kertas siasatan ditaklimatkan kepada Timbalan Pendakwa Raya (TPR).

“Suspek telah dituduh di Mahkamah Jalan Duta, Kuala Lumpur pada 8 Oktober lalu.

“Kertas siasatan telah ditaklimatkan kepada TPR dan arahan tuduh di bawah Seksyen 8 Akta Senjata 1960 dan Seksyen 8(a) Akta Senjata 1960,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut beliau, siasatan berhubung pemilik dan sumber pistol serta peluru yang dirampas daripada suspek masih diteruskan.

Terdahulu, Kosmo! Online melaporkan seorang anggota tentera ditahan bersama sepucuk pistol, puluhan butir peluru dan cecair disyaki ketum dalam kejadian di kawasan parkir kereta di Kem Askar Sungai Besi, di sini, Selasa lalu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Cheras, Superintendan Lim Chun How berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu kira-kira pukul 12.42 tengah malam.

Susulan itu, sepasukan polis dari Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (BPJKK), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras menahan suspek yang juga seorang penjawat awam.

Semakan mendapati suspek mempunyai tiga rekod jenayah lampau membabitkan dua kes dadah dan satu kes jenayah.

Suspek sebelum ini direman selama lima hari sebelum tempoh reman dilanjutkan lima hari lagi sehingga 8 Oktober bagi membantu siasatan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Senjata 1960 dan Seksyen 8(a) akta sama. – KOSMO! ONLINE

The post Anggota tentera dituduh miliki senjata api, peluru appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved