Angin kuat, pokok tumbang hempap kereta di Putrajaya

19 Aug 2026 • 11:34 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Angin kuat, pokok tumbang hempap kereta di Putrajaya

PUTRAJAYA – Beberapa kereta yang diletakkan di kawasan parkir kawasan perumahan sekitar Presint 9 di sini dilaporkan rosak dihempap pokok selepas angin kuat melanda kawasan pentadbiran kerajaan itu sekitar pukul 9 malam tadi.

Perkara itu dikongsikan Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Dr. Radzi Jidin yang turut memaklumkan telah menghubungi pihak Perbadanan Putrajaya (PPj) untuk tindakan lanjut.

“Malam ini hujan dan angin agak kuat di Putrajaya. Saya dimaklumkan ada kejadian pokok tumbang. Ini termasuk di Fasa 5/6, Presint 9 di mana pokok tumbang menghempap kenderaan.

“Saya telah maklumkan kepada pihak PPj untuk ambil tindakan segera. Kalau ada kejadian pokok tumbang atau perkara lain yang perlukan perhatian segera, boleh hantar mesej ke WhatsApp di 012-5488554,” katanya hari ini.

Terdahulu, beberapa pengguna media sosial berkongsi beberapa video yang memaparkan beberapa kereta rosak dihempap pokok khususnya di Presint 9 selepas dilanda ribut malam tadi.

Sementara itu, Kosmo! juga sedang mendapatkan maklumat lanjut daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat Putrajaya berhubung kejadian terbabit. – KOSMO! ONLINE

The post Angin kuat, pokok tumbang hempap kereta di Putrajaya appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved