PABM dapat ‘durian runtuh’ RM1 juta

18 Aug 2026 • 4:27 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: PABM dapat ‘durian runtuh’ RM1 juta

KAJANG – Pencapaian cemerlang skuad angkat berat negara pada Sukan Komanwel Glasgow 2026 bulan lalu tidak dipandang sepi apabila Kementerian Belia dan Sukan (KBS) bersetuju menyalurkan dana tambahan RM1 juta kepada Persekutuan Angkat Berat Malaysia (PABM).

Menteri Belia dan Sukan, Dr. Mohammed Taufiq Johari berkata, kata putus itu dibuat selepas perbincangan bersama Majlis Sukan Negara (MSN) dan PABM yang turut membincangkan mengenai fasiliti, kejurulatihan serta pembangunan atlet.

Jelas taufiq, pencapaian itu perlu diterjemah kepada sasaran yang lebih besar pada masa akan datang, lebih-lebih lagi KBS mahu melihat aksi cemerlang angkat berat menjadi pencetus bagi memburu pingat emas pertama negara di Sukan Olimpik.

“Sukan angkat berat telah berjaya membawa pulang tujuh pingat, iaitu lima emas, satu perak dan satu gangsa. ini merupakan pencapaian yang terbaik bagi saya.

“Sudah pasti kita ingin melihat bahawa sasaran pingat emas ini akan membawa kepada pingat emas pertama Sukan Olimpik nanti,” katanya.

Selain suntikan dana tambahan RM1 juta untuk tahun ini, beliau turut memaklumkan Pusat Latihan Angkat Berat Rompin, Pahang bakal dinaik taraf menerusi cadangan menjadikan ia sebagai Pusat Kecemerlangan Sukan Angkat Berat Kebangsaan.

“Kita bersetuju untuk melantik jurulatih sepenuh masa yang bakal ditempatkan di Pusat Latihan Angkat Berat Rompin di mana turut memberi tumpuan kepada pembangunan atlet wanita,” ujarnya.

Pada masa sama, Taufiq turut memaklumkan bahawa kuota atlet angkat berat di bawah Program Pelapis MSN akan ditambah sebaik sahaja Sukan Malaysia (Sukma) Selangor 2026 berakhir selain bakal melantik seorang pegawai kekuatan dan kondisi sepenuh masa. – KOSMO! ONLINE

The post PABM dapat ‘durian runtuh’ RM1 juta appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved