Aniaya anak: Lelaki menangis minta dibebaskan mahu cari duit bayar jamin

19 Aug 2026 • 12:24 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Aniaya anak: Lelaki menangis minta dibebaskan mahu cari duit bayar jamin

SEREMBAN – Seorang bapa menangis dan memohon dibebaskan untuk mencari wang jaminan selepas mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menganiaya anak perempuan tiri dan kandung sehingga menyebabkan kecederaan fizikal sejak Julai lalu.

Tertuduh, Noor Asri Shafei, 35, yang merupakan penganggur membuat pengakuan bersalah selepas ketiga-tiga pertuduhan dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim Datin M.Kunasundary.

Isterinya, Noorhayati Dollah, 44, turut mengaku bersalah atas satu pertuduhan bersama-sama Noor Asri yang merupakan orang yang mempunyai pemeliharaan terhadap kanak-kanak perempuan berusia 15 tahun didakwa telah menganiaya dengan cara menyebabkan mangsa mengalami kecederaan fizikal.

Bagi dua lagi pertuduhan, Noor Asri didakwa melakukan kesalahan sama terhadap mangsa kanak-kanak perempuan berusia 15 tahun (anak tiri) dan kanak-kanak perempuan berusia setahun (anak kandung).

Kesemua kesalahan itu dilakukan di Sungai Batang Labu, Kampung Jerangkang Darat di Nilai antara 22 Julai dan 12 Ogos 2026.

Timbalan Pendakwa Raya, Norazihah Asmuni menawarkan jaminan RM20,000 bagi setiap pertuduhan beserta syarat tambahan

Nor Asri yang tidak mempunyai pendapatan tetap merayu kepada mahkamah supaya dilepas dan dibebaskan kerana tiada wang untuk membayar wang jaminan, selain tidak berniat memukul mangsa. – KOSMO! ONLINE

The post Aniaya anak: Lelaki menangis minta dibebaskan mahu cari duit bayar jamin appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved