
SEREMBAN: Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook berharap peratusan keluar mengundi bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan hari ini akan melebihi 75 peratus menjelang waktu tamat pengundian pada pukul 6 petang nanti.
Beliau yang juga calon Pakatan Harapan (PH) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Chennah berkata, peratusan itu penting bagi menggambarkan penglibatan para pengundi dalam sistem demokrasi yang perlu merangkumi ramai orang.
Ahli Parlimen Seremban itu berkata, sehingga pukul 11 pagi tadi, secara purata jumlah peratusan yang keluar mengundi adalah lebih kurang sama dengan PRN pada 2023.
“Secara puratanya lebih kurang sama tetapi ada kawasan-kawasan yang peratusan mengundi pada awal pagi ini lebih tinggi daripada sebelumnya. Jadi ini satu petanda sihat.
“Kita menunggu menunggu rakyat untuk keluar mengundi dan saya dapati ia berjalan dengan lancar sehingga kini.
“Ini adalah penting untuk sistem demokrasi negara kita dan apa sahaja keputusan yang dibuat mesti melambangkan keputusan majoriti. Kita harapkan supaya peratusan mengundi itu menjadi tinggi,” katanya.
Beliau ditemui lemberita selepas mengundi di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Kelpin dekat sini pagi tadi
Sementara itu, Siew Fook enggan mengulas kajian Ilham Centre yang meramalkan Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) berpotensi menguasai 22 daripada 36 kerusi DUN dalam PRN kali ini.
Menurutnya, terdapat pelbagai kajian yang dibuat oleh banyak pihak mengenai PRN Negeri Sembilan kali ini yang menggunakan metodolgi yang berlainan.
“Akhirnya yang paling penting ialah keputusan yang dibuat oleh rakyat dan bukannya kajian oleh mana-mana pihak,” ujarnya. – UTUSAN
The post Anthony Loke harap jumlah keluar mengundi lebih 75 peratus appeared first on Utusan Malaysia.






