Anwar anggap terlalu awal bincang rombakan Kabinet susulan hasrat Loke letak jawatan

LocalPolitics
10 Nov 2026 • 12:23 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Anwar anggap terlalu awal bincang rombakan Kabinet susulan hasrat Loke letak jawatan Image from: Anwar anggap terlalu awal bincang rombakan Kabinet susulan hasrat Loke letak jawatan johardy10/11/2026 - 12:23 Oleh Muhammad Iman editor@dagangnews.com

KUALA LUMPUR 10 Nov - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan perbincangan mengenai rombakan Kabinet sebagai terlalu awal susulan hasrat Menteri Pengangkutan Anthony Loke untuk meletakkan jawatan berhubung pengampunan bersyarat yang diberikan kepada bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

 

“Terlalu awal,” katanya kepada pemberita hari ini ketika ditanya bila perubahan barisan Kabinet akan dilakukan.

 

Beliau ditemui selepas merasmikan Minggu Pembinaan Antarabangsa dan BuildXPO Malaysia 2026 di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) di sini hari ini.

 

Loke mengumumkan hasrat untuk meletakkan jawatan pada 6 November lalu susulan bantahan DAP terhadap pengampunan bersyarat yang membolehkan Najib menjalani baki hukuman penjaranya di bawah tahanan rumah.

 

Beliau berkata, peletakan jawatannya akan berkuat kuasa sebaik sahaja Najib tiba di kediamannya dan beliau akan mengemukakan surat tambahan kepada Anwar bagi merasmikan pengundurannya.

 

Loke turut membayangkan bahawa acara kementerian esok mungkin menjadi pertemuan terakhirnya bersama warga Kementerian Pengangkutan, namun tidak mengesahkan sama ada acara itu merupakan majlis perpisahannya.

 

Dua jawatan Kabinet jadi tumpuan

Sementara itu, Utusan Malaysia hari ini melaporkan kemungkinan perubahan Kabinet membabitkan portfolio Menteri Pengangkutan serta jawatan Menteri Kewangan II yang disandang Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.

 

Menurut laporan itu, tempoh tiga tahun pelantikan Amir Hamzah sebagai senator akan tamat pada 11 Disember ini. Beliau boleh mengekalkan portfolio tersebut tetapi perlu dilantik semula sebagai senator dan mengangkat sumpah sekali lagi sebelum meneruskan tugas dalam Kabinet.

 

Akhbar itu yang memetik sumber melaporkan bahawa sebarang perubahan dijangka terhad kepada dua jawatan berkenaan.

 

Rombakan Kabinet terakhir dilakukan pada 16 Disember 2025. — DagangNews.com

Terkini featured standard
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved