Anwar arah tindakan segera isu penipuan platform e-dagang

LocalTechnology
30 Oct 2026 • 8:18 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

Image from: Anwar arah tindakan segera isu penipuan platform e-dagang

Fahmi Fadzil berkata Perdana Menteri prihatin isu komisen tinggi kepada penjual dan produk diterima tidak menepati pesanan di platform e-dagang.

PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) dan Kementerian Komunikasi menerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) mengambil tindakan berhubung isu penipuan dalam platform e-dagang.

Menteri Komunikasi Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata arahan itu susulan keprihatinan Anwar terhadap pelbagai masalah yang dihadapi pengguna platform e-dagang, termasuk caj komisen tinggi yang dikenakan kepada penjual dan produk diterima yang tidak menepati pesanan.

“Perdana Menteri membangkitkan keprihatinan beliau mengenai masalah yang dihadapi oleh pengguna yang menggunakan platform e-dagang, khususnya berkait sama ada dari segi fi, komisen yang tinggi yang dikenakan kepada penjual ataupun produk yang dibeli diterima, tetapi tidak seperti yang telah ditempah.

“Jadi ada beberapa perkara yang beliau telah minta pihak KPDN, Kementerian Komunikasi, khususnya melalui MCMC untuk ambil tindakan terutama berkait fraud ataupun scam dalam platform e-dagang,” katanya pada sidang media selepas Mesyuarat Jemaah Menteri di sini hari ini.

Fahmi berkata satu pertemuan antara MCMC dengan semua pemain utama platform e-dagang telah diadakan beberapa minggu lepas bagi membincangkan isu berkenaan.

Satu pemukiman membabitkan agensi penguatkuasaan juga akan diadakan dalam tempoh beberapa minggu lagi bagi menyelaraskan tindakan bersepadu untuk menangani permasalahan yang dihadapi pengguna platform e-dagang.

“Arahan perdana menteri adalah perkara ini perlu diutamakan dan dilaksanakan pada kadar segera dan insya-Allah esok sewaktu Sambutan Hari Kurier Negara, saya akan ada beberapa pengumuman tambahan berkait isu ini,” kata Fahmi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved