Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa beliau masih belum menerima peletakan jawatan Anthony Loke sebagai Menteri Pengangkutan.
Memetik laporan Astro Awani ,Menurut Anwar, Anthony Loke ketika ini masih bercuti, manakala keputusan berhubung peletakan jawatannya sebagai Menteri Pengangkutan masih belum dimuktamadkan.
Anthony Loke masih bercuti
Anwar ketika mengulas mengenai kedudukan Loke pada 25 November sekali lagi menjelaskan bahawa beliau belum menerima peletakan jawatan pemimpin DAP berkenaan.
“Saya belum terima peletakan jawatan, dia masih bercuti.”
Kenyataan tersebut sekali gus menjelaskan kedudukan Loke ketika ini berdasarkan pendirian Perdana Menteri.
Peletakan jawatan Anthony Loke belum dimuktamadkan
Terdahulu, Anwar memaklumkan bahawa beliau sudah menerima surat rasmi peletakan jawatan Loke, namun memerlukan masa untuk meneliti perkara tersebut sebelum membuat sebarang keputusan.
Perdana Menteri turut berpandangan bahawa kerajaan tidak perlu tergesa-gesa dalam membuat keputusan berhubung perkara berkenaan.
Anthony Loke umum letak jawatan sejak 10 November
Untuk rekod, Loke pada 10 November lalu mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Menteri Pengangkutan berkuat kuasa serta-merta.

Keputusan itu dibuat susulan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang membenarkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menjalani baki hukuman penjara di bawah tahanan rumah.
Bagaimanapun, Loke sebelum ini memaklumkan bahawa status peletakan jawatannya tertakluk kepada keputusan Perdana Menteri.

‘Sahabat Setia’ – Anwar Kenang Jasa Allahyarham A Samad Said, Sering Kirim Karya Ketika Di Penjara
The post Anwar Belum Terima Peletakan Jawatan Anthony Loke, Maklum Masih Bercuti first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.






