PM tegaskan Anthony Loke masih bercuti, belum terima peletakan jawatan

LocalPolitics
25 Nov 2026 • 1:24 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: PM tegaskan Anthony Loke masih bercuti, belum terima peletakan jawatan

PUTRAJAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan status Anthony Loke masih bercuti dan beliau belum menerima peletakan jawatan pemimpin DAP itu sebagai Menteri Pengangkutan.

Perdana Menteri berkata, beliau sudah bertemu Loke dan dimaklumkan mengenai alasan yang mendorong keputusan berkenaan sebelum meminta beliau bercuti terlebih dahulu.

“Saya belum terima peletakan jawatan, dia masih bercuti.

“(Saya sudah) jumpa, dia bagi alasan yang kita tahu dan saya beritahu dia cuti dulu,” katanya ketika ditemui pemberita selepas meluncurkan
Prakarsa AI Pendidikan Negara: “AI TEMU AI” di sini hari ini.

Anwar sebelum ini memberitahu beliau mahu berunding semula dengan Setiausaha Agung DAP itu berkaitan peletakan jawatan sebagai Menteri Pengangkutan dan belum membuat keputusan berkaitan surat peletakan jawatan yang telah diterima sebelum ini.

Anwar berkata, sekiranya Loke mahu bercuti buat sementara waktu, itu tidak menjadi masalah.

Mengulas mengenai pengurusan tugas di Kementerian Pengangkutan sepanjang ketiadaan Loke, Anwar berkata, urusan pentadbiran boleh dibantu Ketua Setiausaha (KSU) dan Timbalan Menteri, manakala beliau akan mengambil alih tanggungjawab berkenaan buat sementara waktu.

“Tugas sekarang ini kalau ikut peraturannya memang KSU ada, Timbalan Menteri ada, tapi memang Perdana Menteri tampung sekejap,” katanya. – UTUSAN

The post PM tegaskan Anthony Loke masih bercuti, belum terima peletakan jawatan appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved