Anwar Ibrahim Umum Mulai Tahun Depan, Semua Kontrak Kerajaan Akan Dipaparkan Kepada Rakyat

LocalPolitics
12 Oct 2026 • 11:07 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Anwar Ibrahim Umum Mulai Tahun Depan, Semua Kontrak Kerajaan Akan Dipaparkan Kepada Rakyat

Intipati berita

  • Kontrak kerajaan dibuka kepada umum mulai tahun depan – Rakyat boleh menyemak maklumat perolehan projek kerajaan secara telus.
  • Maklumat projek boleh diakses rakyat – Termasuk nama syarikat yang dilantik, jumlah kos, kontraktor yang menang dan tahap kemajuan projek.
  • Usaha bendung rasuah dan ketirisan – Langkah ini bertujuan memastikan dana rakyat digunakan dengan baik serta mengelakkan pembaziran dalam projek pembangunan.
  • Anwar gesa anak muda berani bersuara – Generasi muda dan mahasiswa diminta menentang ketidakadilan, rasuah serta penyalahgunaan kuasa.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan semua perolehan kontrak kerajaan akan dipaparkan secara telus kepada orang ramai bermula tahun depan.

Menurut laporan Harian Metro, rakyat boleh mengetahui siapa yang mendapat kontrak, jumlah kos projek, syarikat yang dilantik serta tahap kemajuan pembinaan.

Rakyat dah boleh semak apa je?

Menurut Anwar, langkah tersebut bertujuan memastikan tatakelola yang baik, selain membendung ketirisan dan pembaziran dana rakyat dalam pelaksanaan projek pembangunan negara.

Malah, maklumat berkenaan akan dibuka kepada umum supaya masyarakat boleh memantau sendiri perkembangan projek yang dilaksanakan di kawasan masing-masing.

Mulai tahun depan, setiap kontrak membina sekolah, hospital, universiti mahupun jalan raya mesti dibuat secara telus.

Rakyat boleh tahu siapa yang menang, berapa jumlahnya, syarikat mana yang dapat, kos dan tahap kemajuannya, serta sebab syarikat itu dipilih.

Sebagai contoh, jika ada sekolah baharu dibina di Tumpat, rakyat di sana boleh lihat sendiri maklumat projek berkenaan dan menilai sama ada ia dilaksanakan oleh kontraktor yang bertanggungjawab atau tidak.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Makan Malam Sidang Kemuncak Pemimpin Muda Masa Hadapan Antarabangsa (iFUTURE) 2026 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL), hari ini.

Anwar Ibrahim mahu hentikan ketirisan dana rakyat

Mengulas lanjut, Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata pemantapan tatakelola amat penting kerana ketirisan sebelum ini menyebabkan berbilion ringgit dana negara yang sepatutnya digunakan untuk pendidikan dan kemudahan rakyat hilang akibat rasuah.

Sehubungan itu, beliau menggesa generasi muda dan mahasiswa supaya berani bersuara menentang ketidakadilan, rasuah serta penyalahgunaan kuasa.

The post Anwar Ibrahim Umum Mulai Tahun Depan, Semua Kontrak Kerajaan Akan Dipaparkan Kepada Rakyat appeared first on Oh! Media.
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved