Anwar nafi menteri terima RM9.5 juta

LocalPolitics
20 Oct 2026 • 11:39 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Anwar nafi menteri terima RM9.5 juta

PETALING JAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan dakwaan kononnya seorang menteri menerima RM9.5 juta daripada seorang ahli perniagaan bagi menyelesaikan isu berkaitan mafia korporat.

Beliau turut menyifatkan dakwaan terbabit sebagai kenyataan politik yang tidak disokong bukti, sambil menegaskan bahawa sebarang tuduhan rasuah perlu disiasat tanpa pengecualian.

“Tuduhan mengenai RM9.5 juta itu adalah kenyataan politik yang tidak disokong oleh sebarang bukti. Menteri berkenaan telah mencabarnya dan membawa perkara itu ke mahkamah,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Anwar turut menegaskan bahawa isu rasuah tidak terkecuali kepada mana-mana parti politik, sebaliknya ditangani secara adil tanpa mengira kedudukan atau hubungan seseorang dengan kerajaan.

“Jika ada kes yang melibatkan ahli PKR, saya tidak akan menggunakan kuasa saya untuk menghalang siasatan, termasuk dalam kes bekas setiausaha politik saya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Datuk Rosol Wahid (PN-Hulu Terengganu) berhubung perkembangan siasatan terhadap kegiatan yang didakwa sebagai mafia korporat.

Rosol sebelum itu merujuk kepada dakwaan yang dibangkitkan dalam sebuah podcast mengenai seorang menteri yang didakwa menerima RM9.5 juta untuk bertindak sebagai perantara bagi menyelesaikan masalah berkaitan mafia korporat. – UTUSAN

The post Anwar nafi menteri terima RM9.5 juta appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved